awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat cadang buka panggung wayang di Kelantan tidak mahu teruskan

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2016
12:02 MYT
Syarikat cadang buka panggung wayang di Kelantan tidak mahu teruskan
AHMAD YAKOB: "Pendirian PAS seperti semasa Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Bekas Menteri Besar Kelantan). Kita bagi syarat mencukupi. Tiada perubahan." - Gambar fail
Syarikat yang sebelum ini menyatakan minat untuk membuka pawagam di Kelantan telah membatalkan hasrat terbabit.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan ia berikutan bakal pengendali pawagam itu sukar mematuhi syarat dan garis panduan yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu.
“Pendirian PAS seperti semasa Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Bekas Menteri Besar Kelantan). Kita bagi syarat mencukupi. Tiada perubahan, setakat ini tiada, dia tengok syarat pun terkejut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hadis Nabawi 2016 peringkat kebangsaan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pemuda PAS Kelantan pernah mengemukakan memorandum terhadap percubaan untuk membuka semula pawagam di negeri itu.
Memorandum itu antaranya menggesa supaya operasi pawagam di Kelantan dilaksanakan dengan syarat-syarat ketat bagi mencegah maksiat.
Selepas PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu pada tahun 1990, pawagam di negeri itu ditutup mengikut Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan 1998.
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Yakob
#menteri besar kelantan
#panggung wayang
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan