awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat insurans perluas bantuan tunai bagi komplikasi pemvaksinan COVID-19

Bernama
Bernama
11/03/2021
21:08 MYT
Syarikat insurans perluas bantuan tunai bagi komplikasi pemvaksinan COVID-19
Pemegang polisi dinasihat menghubungi syarikat insurans masing-masing bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai bantuan yang ditawarkan sekiranya mereka mempunyai kesan sampingan vaksin COVID-19. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar syarikat insurans hayat di negara ini memperluaskan bantuan kewangan kepada pemegang polisi yang mendapat kesan sampingan atau komplikasi sehingga dimasukkan ke hospital susulan pemvaksinan COVID-19.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata perlindungan itu termasuk kos dimasukkan ke hospital yang diperlukan dan munasabah dari segi perubatan, susulan kesan sampingan pemvaksinan COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Sejumlah syarikat insurans hayat turut menawarkan program bantuan tunai untuk kesan sampingan di bawah dana vaksin COVID-19 masing-masing atau program bantuan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, bantuan itu termasuk pembayaran semula bil perubatan kepada pesakit COVID-19 dan sokongan pemvaksinan pasca COVID-19 bagi kemasukan ke hospital susulan kesan sampingan vaksin; bantuan perubatan dan manfaat kematian khas; pendapatan kemasukan ke hospital; dan bantuan tunai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mark O'Dell menasihatkan pemegang polisi untuk menghubungi syarikat insurans masing-masing bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai bantuan yang ditawarkan sekiranya mereka mendapat kesan sampingan daripada vaksin COVID-19.
Sambil memuji usaha proaktif kerajaan untuk melindungi rakyat, beliau turut menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing bagi memerangi COVID-19 dengan membuat pendaftaran bagi program imunisasi itu di aplikasi MySejahtera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#perubatan
#vaksin
#kerajaan
#Persatuan Insurans Hayat Malaysia
#kos
#Hospital
#Mark O'Dell
#bil perubatan
#pembayaran bil
#Liam
#komplikasi
#kesan sampingan
#bantuan tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan