awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat insurans sedia bantu mangsa Putra Heights

Bernama
Bernama
01/04/2025
21:40 MYT
Syarikat insurans sedia bantu mangsa Putra Heights
Anggota APM memindahkan mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas ke PPS di Masjid Putra Heights. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syarikat insurans sedia membantu pelanggan yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa.
Takaful Malaysia menerusi kenyataan di Facebook meminta pelanggan yang terjejas supaya menghubungi syarikat berkenaan.
"Kami memahami tekanan dan cabaran besar yang mungkin timbul, dan kami berada di sini untuk menyokong anda dalam masa yang sukar ini. Sila kekal selamat dan patuhi semua protokol keselamatan.
"Bagi mereka yang terlibat dalam tragedi itu, anda boleh menghubungi kami melalui talian bantuan. Kami sentiasa bersama warga Putra Heights dalam menghadapi dugaan ini," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh menghubungi talian 012-9271686 atau 017-3283543 untuk tuntutan bukan motor, manakala bagi tuntutan motor, talian 1800-888-788 disediakan.
Sementara itu, Etiqa dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa ia akan meluluskan tuntutan untuk pelanggan yang layak tanpa memerlukan laporan polis bagi memastikan proses tuntutan lebih lancar dan pantas.
Pemegang polisi yang terjejas boleh menghubungi Talian Khas Etiqa - Tuntutan Letupan Putra Heights melalui WhatsApp di 011-16306646 atau menghubungi 03-2692 8188.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#syarikat insurans
#Takaful Malaysia
#ETIQA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan