awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pelancongan perlu mohon kebenaran sertai gelembung perjalanan di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
03/03/2021
21:12 MYT
Syarikat pelancongan perlu mohon kebenaran sertai gelembung perjalanan di Sabah
Setakat ini hanya satu syarikat pelancongan yang telah membuat permohonan bagi aktiviti 'travel bubble". - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Syarikat-syarikat pelancongan di Sabah yang mahu melaksanakan aktiviti gelembung perjalanan atau 'travel bubble' perlu memohon kebenaran terlebih dahulu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata permohonan-permohonan itu perlu dikemukakan kepada kerajaan negeri.
"Untuk makluman, aktiviti 'travel bubble' oleh syarikat pelancongan akan dipertimbangkan mengikut kes.
"Dengan syarat pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri berserta dengan justifikasi dan cadangan prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Jelasnya, setakat ini hanya satu syarikat pelancongan yang telah membuat permohonan bagi aktiviti 'travel bubble".
"Setakat ini, hanya satu syarikat yang telah mengemukakan permohonan dan diluluskan sebagai percubaan (pilot project).
"Kebenaran bagi aktiviti 'travel bubble' yang lain adalah tertakluk kepada pertimbangan kerajaan negeri berdasarkan kepada permohonan daripada syarikat pelancongan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan," katanya.
Sabah semalam mencatatkan 95 kes positif COVID-19, dengan satu kes kematian. Sebanyak 11 daerah masih dikategorikan sebagai zon merah, manakala Tongod merupakan satu-satunya daerah zon hijau.
Topic Berkaitan
#Sabah
#gelembung perjalanan
#permohonan
#syarikat pelancongan
#Masidi Manjun
#travel bubble
#Pilot Project
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan