awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan kenakan caj tersembunyi akan diambil tindakan - Loke

Bernama
Bernama
28/06/2018
09:29 MYT
Syarikat penerbangan kenakan caj tersembunyi akan diambil tindakan - Loke
Mavcom akan mengkaji dan melihat kalau mana-mana syarikat penerbangan mengenakan caj-caj tersembunyi. - Gambar hiasan
Syarikat penerbangan yang didapati mengenakan caj tersembunyi ke atas pengguna akan dikenakan tindakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Katanya, arahan telahpun dikeluarkan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mengambil tindakan kerana caj tersembunyi adalah sesuatu yang tidak patut dikenakan kepada pengguna.
"Pihak Mavcom akan mengkaji dan melihat kalau mana-mana syarikat penerbangan mengenakan caj-caj tersembunyi ini. Kita akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran FlySmart di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Loke berkata tindakan itu juga bertujuan memperkukuh Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) untuk memastikan hak-hak pengguna dilindungi dengan baik.
Beberapa penambahbaikan lain yang dicadangkan Mavcom kepada MACPC termasuk peraturan yuran, caj perkhidmatan penumpang, yuran pemprosesan bayaran balik penumpang, yuran pentadbiran, fi untuk penyediaan bantuan khas dan yuran pemprosesan kad pembayaran.
Mengenai FlySmart yang dilancarkan hari ini, Loke berkata ia merupakan laman web yang mengandungi maklumat berhubung hak pengguna, tip perjalanan selain video interaktif.
Flysmart merupakan inisiatif Mavcom untuk mendidik pengembara udara mengenai hak mereka sebagai pengguna dalam merancang perjalanan udara.
Flysmart menyediakan platform kepada pelawat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman perjalanan serta membantu satu sama lain terutamanya dalam melaksanakan hak mereka seperti yang dilindungi di bawah MACPC 2016.
Sementara itu, Loke turut menghadiri majlis ulang tahun ke-20 Airport Coach Sdn Bhd di sini.
Pada majlis tersebut beliau menerima sumbangan RM20,000 daripada Airport Coach untuk Tabung Harapan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#caj tersembunyi
#KLIA
#MACPC
#mavcom
#Menteri Pengangkutan
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan