awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pengedar stoking kesal dengan kecuaian pembekal, mohon maaf

Bernama
Bernama
19/03/2024
10:45 MYT
Syarikat pengedar stoking kesal dengan kecuaian pembekal, mohon maaf
Pihak syarikat katanya tidak pernah sama sekali dengan sengaja memesan stoking yang mempunyai perkataan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini. - Foto tangkap layar
BATU PAHAT: Syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd yang beroperasi di Batu Pahat Johor menyuarakan rasa kesal dengan kecuaian pembekalnya dari negara China dalam proses kawalan kualiti, yang secara tidak sengaja menyebabkan stoking yang tertera kalimah "Allah" termasuk ke dalam inventori.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menurutnya pihak syarikat tidak pernah sama sekali dengan sengaja memesan stoking yang mempunyai perkataan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.
Katanya semua pesanan berdasarkan sampel yang diberikan, selain pihaknya pernah berbincang dengan pembekal agar mengelak produk yang memaparkan perkataan, simbol atau ilustrasi yang boleh menyentuh sensitiviti.
"Kami telah berhubung dengan pembekal kami dari negara China untuk mendapatkan penjelasan dan mereka mengaku stokin itu telah dimasukkan dalam pembelian secara tidak sengaja," menurut kenyataan itu.
Terdahulu pengurus syarikat berkenaan Soh Hui San telah membuat permohonan maaf berhubung isu berkenaan dan menyatakan perkara itu kali pertama berlaku setelah lebih 10 tahun mengimport stoking untuk pasaran tempatan.
"Saya dengan rendah diri mengakui kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa yang akan datang... saya juga memohon maaf terutamanya kepada yang beragama Islam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#stoking kalimah Allah
#syarikat pengedar mohon maaf
#Xin Jian Chang Sdn Bhd
#kk mart
#mohon maaf
#pembekalnya dari negara China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan