awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pengendali umrah, dua pengarah didakwa gagal patuh award TTPM

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2024
05:30 MYT
Syarikat pengendali umrah, dua pengarah didakwa gagal patuh award TTPM
Zulkarnain dan Mazuin (kanan) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka. - Gambar fail/ Bernama
SEREMBAN: Sebuah syarikat pengendali pakej umrah bersama dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas 51 pertuduhan gagal untuk mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM473,730 kepada 17 orang mangsa.
Syarikat berkenaan Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diwakili dua pengarah berkenaan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43.
Pasangan itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Noor Hafiza Ishak.
Berdasarkan pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain dan Mazuin selaku orang kena saman (OKS) masing-masing berdepan 17 pertuduhan kerana gagal mematuhi award TTPM berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, No D9, Tingkat 2, Bangunan Akhma, Persiaran Utama S2-1, di sini, antara 29 Mei hingga 13 September 2023.
Pendakwaan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Shafiq Mahadi dan Suhana Mohd memohon jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin.
"Kes ini membabitkan 17 mangsa yang mana bakal jemaah umrah ini terpaksa menabung untuk menunaikan ibadah umrah.
"OKS turut berdepan kes yang sama di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," kata Suhana.
Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Datuk Hanif Hassan, memohon jaminan dikurangkan RM100 hingga RM150 bagi setiap satu pertuduhan memandangkan jumlah ditawarkan bagi setiap tertuduh adalah sangat tinggi.
"Untuk makluman, anak guam saya tidak menjalankan operasi perniagaan dan lesen perniagaan juga ditamatkan. Mereka tidak mempunyai hasil pendapatan. Mereka juga sedang berusaha untuk membayar saman tersebut," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM500 setiap pertuduhan iaitu bersamaan RM17,000 secara global (bagi semua tertuduh) dengan seorang penjamin.
Majistret kemudian menetapkan 25 April bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Emraz Travel
#TTPM
#pakej umrah
#tuntutan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan