Kesungguhan Malaysia dalam membangunkan teknologi ‘kereta terbang’ telah mendapat perhatian pemain industri dunia, dan ada yang mahu membantu.
Konsep kenderaan electronic vertical take-off and landing (eVTOL) semakin popular dalam industri aeroangkasa dunia di mana sudah wujud gerakan untuk memanifestasikan idea kenderaan masa depan itu menjadi nyata.
Hari keempat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 menyaksikan satu memorandum persefahaman (MoU) penting ditandatangani antara Strand Aerospace Malaysia (SAM) Sdn Bhd dengan Samad Aerospace Ltd pada Jumaat.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyaksikan MoU itu ditandatangani oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan SAM, Afif Badrulhisham dengan Ketua Eksekutif Samad Aerospace, Seyed Mohseni.
Samad Aerospace, syarikat aeroangkasa berpangkalan di United Kingdom sedang membangunkan konsep teksi udara modular yang boleh bergerak di darat dan meluncur di udara bernama Home & Urban Mobility Aircraft (HUMA).
Kata Seyed Mohseni, kerajaan Malaysia dan industri tempatan sangat berminat dengan konsep HUMA ini, meilhat kerjasama ini satu langkah untuk terlibat dalam bahagian baru sektor aeroangkasa yang cukup berpotensi.
“Satu daripada sebabnya kami di sini adalah untuk pembiayaan.
“Kami menyedari bahawa pelabur sektor swasta di Asia lebih progresif jika dibandingkan dengan pelabur Eropah serta ‘venture capital funds’ di Amerika Syarikat,” maklum Mohseni yang katanya juga telah berbincang mengenai konsep kenderaan terbang mereka dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika ini, Samad Aerospace juga pada masa sama sedang membangunkan e-Starling, kenderaan elektrik-hibrid yang berlepas dan mendarat seperti dron.
Mereka mensasarkan versi skala separuh e-Starling boleh diterbangkan pada penghujung 2019, sementara prototaip HUMA bersedia untuk dipersembahkan pada pertunjukan udara Farnborough 2020.
Sementara itu, Afif memaklumkan bahawa kenderaan udara SAM masih dalam fasa pembangunan, di mana ia perlu melalui proses rekaan, kejuruteraan dan pensijilan, yang menjadi kepakaran SAM.
Israr Khalid
Sat Mar 30 2019
Kedua-dua syarikat mempunyai hasrat sama dan mahu berkongsi kepakaran untuk membangunkan kenderaan masa depan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Syarikat UK mahu bersama bangunkan projek 'kereta terbang' Malaysia
Strand Aerospace Malaysia (SAM) Sdn Bhd tandatangan MoU dengan syarikat aeroangkasa United Kingdom, Samad Aerospace Ltd untuk bangunkan kenderaan eVTOL.