awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syawal suram di wilayah Palestin

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2024
07:15 MYT
Syawal suram di wilayah Palestin
Penduduk Palestin mengadakan solat sunat Aidilfitri di tepi runtuhan Masjid al-Farouk, di Rafah. - Gambar/ Reuters
KEGANASAN terus meningkat wilayah Palestin ketika Perang Gaza tiada tanda menunjukkan akan reda selepas ia kini memasuki bulan ketujuh.
Bermula pada Ramadan hingga ketibaan Syawal, Genting Gaza terus dihujani bom.
Penduduk Palestin di wilayah terkepung itu terpaksa menjalani ibadah puasa dalam keadaan sangat daif dan meraikan Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan selain lebih 70 peratus daripada kira-kira 2.3 juta populasi kini di ambang kebuluran.
Malapetaka kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza menyebabkan penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat juga hilang semangat untuk menyambut Aidilfitri.
Konflik tiada kesudahan di Gaza turut merebak di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
Adli al-Agha, 53, mendakwa insiden pergelutan terus tercetus di pintu masuk menuju ke Masjid al-Aqsa setelah sekatan diperketatkan hingga akhir Ramadan.
Situasi sama juga dikongsi Yasser Basha dari Tulkarem di Tebing Barat.
Menurutnya, polis Israel mengetatkan kawalan di pintu masuk masjid setelah hanya lelaki berusia 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun diberikan akses.
“Jika bukan kerana peperangan di Gaza, keadaan di sini pastinya akan jadi lebih mudah,” katanya.
Setelah enam bulan perang genosid di Gaza, kebanyakan penduduk Palestin tiada 'mood' mahu meraikan lebaran dan sentiasa berdoa agar kesengsaraan saudara mereka di enklaf tersebut berakhir.
Sameeha al Qadi, 55, berkata, Baitulmaqdis kini berduka dan tiada lagi keriaan seperti biasa.
“Kami juga merasai penderitaan di Gaza setiap detik,” ujarnya.
Pada tahun ini, tiada hiasan yang biasa memeriahkan sekitar Kota Lama tersebut.
“Tiada apa-apa yang manis untuk perayaan pada tahun ini. Kami tidak mengadakan sebarang sambutan.
“Segalanya berasa pahit untuk ditelan. Ia amat menyakitkan apabila mengenang semula apa yang menimpa keluarga saya,” kata Sabah, 54, yang sebahagian ahli keluarganya terkorban di Gaza.
Pembuat manisan di Kota Lama itu, Adnan Jafar, 60, menyatakan impak Perang Gaza bukan hanya dirasai penduduk Palestin di Baitulmaqdis malah seluruh dunia.
Sementara itu, penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sejak lebih tujuh bulan lalu hanya membuat persiapan ala kadar setelah sebahagian besar kediaman mereka musnah dibedil.
Kebanyakannya masih kelaparan, namun ada yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menghias khemah sementara yang menjadi tempat perlindungan mereka sejak lebih setengah tahun lalu. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#aidilfitri 2024
#Gaza
#penduduk Palestin
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan