awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq tiba di mahkamah, bakal tahu keputusan hari ini

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/11/2023
01:45 MYT
Syed Saddiq tiba di mahkamah, bakal tahu keputusan hari ini
Syed Saddiq didakwa dengan pertuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan dan pengubahan wang haram, tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Tinggi di sini kira-kira jam 9.30 pagi untuk mendengar keputusan perbicaraan rasuahnya.
Beliau ditemani ibu bapanya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagof, serta Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Muar itu didakwa dengan pertuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan dan pengubahan wang haram, tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Jika mahkamah memihak kepada pihak pembelaan dengan berpendapat bekas Menteri Belia dan Sukan itu berjaya menimbulkan keraguan munasabah, beliau akan dilepas dan dibebaskan serta-merta.
Bagaimanapun, jika mahkamah berpandangan sebaliknya, Presiden MUDA berusia 30 tahun itu berdepan hukuman penjara atau denda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#pengubahan wang haram
#muda
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan