awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im

Sinar Harian
Sinar Harian
24/09/2023
09:58 MYT
Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Mohd Na'im berkata, pihak MAIWP perlu membuat semakan semula berkaitan dengan garis panduan penerimaan bantuan tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, antara perkara tersebut ialah pihak MAIWP perlu membuat semakan semula berkaitan dengan garis panduan penerimaan bantuan tersebut.
"Ini kerana yang sedia ada kini mengambil kira had kifayah terpakai bagi penentuan siapa asnaf fakir dan miskin.
"Berkaitan asnaf fisabilillah pula, saya cadangkan supaya dilihat secara komprehensif. Sebagai contoh, kita bukan meneliti kepada pendapatan bulanan ibu bapa tetapi 'network' (rangkaian) dan aset yang mereka ada, namun secara keseluruhan ialah nilai diri ibu bapa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) kali ke-9 tahun 2023 di Sekolah Menengah Agama MAIWP pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata, MAIWP juga boleh mempertimbangkan bantuan biasiswa kepada pelajar yang kurang cemerlang seperti 3A atau 4A yang mungkin mempunyai potensi untuk meningkatkan diri dalam aspek lain seperti kemahiran.
"Selain itu, sahsiah diri dan motivasi tinggi termasuk akhlak yang baik turut dapat mendorong individu itu untuk berjaya.
"Jadi saya minta MAIWP untuk lebih adil bagi memberikan mereka peluang menerima biasiswa belajar.
"Ketiga, melalui kemahiran tertentu daripada asnaf mungkin diperlukan oleh negara bagi membangunkan ekonomi. Ada bakat cuma tidak cemerlang dan berkemampuan yang penting nak keluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan," ujarnya.
Ditanya mengenai isu biasiswa anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau berkata, ia akan dijawab secara terperinci oleh MAIWP. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#biasiswa
#MAIWP
#anak bekas menteri
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan