awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Amanah Bencana: Imbuhan tetap penjawat awam dipotong 3 bulan - KSN

Hakim Rahman
Hakim Rahman
01/06/2021
03:23 MYT
Tabung Amanah Bencana: Imbuhan tetap penjawat awam dipotong 3 bulan - KSN
Mohd Zuki menyeru penjawat awam meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dalam mengharungi tempoh mencabar ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lebih 800,000 penjawat awam diwajibkan menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana bagi tempoh tiga bulan melalui pengurangan elaun berdasarkan gred perkhidmatan sebagai tanda solidariti dalam mendepani pandemik COVID-19.
Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan itu adalah 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus melibatkan ITK, manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, hasil sumbangan tetap selama tiga bulan dianggar berjumlah lebih RM30 juta itu akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.
Menurutnya, sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.
“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19.
“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: CUEPACS cadang penjawat awam sumbang RM10 kepada Tabung COVID-19
BACA: Tiga bulan tanpa gaji buat menteri dan timbalan menteri, wang disumbangkan untuk COVID-19
Bagaimanapun, pemotongan imbuhan itu tidak melibatkan petugas barisan hadapan atau frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28.
Jelasnya, perincian pelaksanaan penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
MANIFESTASI SOLIDARITI PENJAWAT AWAM: SUMBANGAN MELALUI PENGURANGAN ELAUN DALAM MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 pic.twitter.com/7Iz5k3RGF0
— Mohd Zuki Ali (@zukiAli_) June 1, 2021
Beliau turut menyeru penjawat awam meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dalam mengharungi tempoh mencabar ini.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.
Wang tersebut, katanya, akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#COVID-19
#ITK
#pemotongan imbuhan
#ketua setiausaha negara
#Imbuhan Tetap
#petugas barisan hadapan
#pandemik
#jangkitan
#cuepacs
#ITKA
#Akaun Amanah Bencana
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan