Lebih RM1.7 juta berjaya dikumpulkan dalam tempoh empat hari untuk mengisi Tabung Canselor "Because We Care" yang bertujuan membantu mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang kurang berkemampuan.
Penubuhan tabung berkenaan adalah ilham Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah yang juga Canselor UTM selepas menyampaikan sumbangan peribadi kepada dua mahasiswa UTM yang menghidap kanser, Januari lalu.
Tabung tersebut akan digunakan untuk membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan dari segi memenuhi keperluan harian mereka seperti perbelanjaan makanan harian yang berkhasiat, kos perubatan serta pembelian bahan-bahan pembelajaran.
"Pada saya sebagai Canselor, saya ingin menolong pelajar di UTM tetapi bagi Institusi Pengajian Tinggi lain, terpulang kepada mereka.
"Idea tabung ini tercetus selepas saya bercakap dengan Naib Canselor yang mana saya diberitahu, ramai pelajar yang kadangkala terpaksa berlapar malah hanya makan mee segera demi membantu ibu bapa mereka.
"Jadi, saya fikir melalui tabung ini, pelajar dapat makanan yang berkhasiat malah dapat menumpukan pelajaran tanpa risau dengan masalah lain," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Antara penyumbang terbesar untuk tabung ini ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebanyak RM500,000 dan Country Pacific View sebanyak RM500,000 selain beberapa individu, syarikat korporat, staf, persatuan dan juga alumni UTM sendiri.
UTM berharap lebih ramai pihak yang sudi memberi bantuan berterusan kepada mahasiswa UTM yang kurang berkemampuan.
Sumbangan boleh disalurkan terus kepada UTM atau melalui laman crowdfund.utm.my
Shahrul Hassan
Thu Mar 17 2016
Raja Zarith Sofea mahu pelajar UTM fokus belajar - Foto Astro Awani
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tabung Canselor UTM 'Because We Care' berjaya kumpul RM1.7 juta - Raja Zarith Sofiah
RM1.7 juta berjaya dikumpul untuk mengisi Tabung Canselor "Because We Care" untuk membantu mahasiswa UTM