Skip to main content

Malaysia

Tabung Haji kekal bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri

41545151471_TabungHaji.jpg
41545151471_TabungHaji.jpg

Advertisement

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan dakwaan bahawa Tabung Haji (TH) dipindahkan di bawah Kementerian Kewangan adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. 

Sebaliknya, Pejabat JPM dalam satu kenyataan menegaskan, TH masih kekal di bawah seliannya. 

Dakwaan itu dibuat setelah keputusan Jemaah Menteri untuk memindahkan aset-aset yang tidak
menguntungkan TH kepada Syarikat Tujuan Khas atau SPV milik Kerajaan.
  
"Pemindahan aset-aset tersebut kepada SPV ialah sebahagian usaha mengembalikan keadaan kewangan TH kepada normal dan mempercepatkan pemulihan kewangan institusi tersebut setelah berlakunya salah laku secara besar-besaran.

"TH juga diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). BNM sebagai badan yang bebas, dan di bawah pimpinan Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, mengawal selia semua bank dan institusi kewangan di dalam negara, termasuk institusi-institusi kewangan Islam," kata kenyataan itu. 

Justeru, TH kekal di bawah bidang kuasa JPM, dan perkara ini tidak berubah dengan pengenalan SPV seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet.

 

Must Watch Video

Advertisement