awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji lahir rasa sedih serangan bom di Arab Saudi

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
05/07/2016
09:47 MYT
Tabung Haji lahir rasa sedih serangan bom di Arab Saudi
JOHAN: Kami berharap agar semua pihak tidak mengaitkan insiden berkenaan dengan kepentingan pihak-pihak tertentu.
Lembaga Tabung Haji (TH) melahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap serangan bom yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah semalam.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menegaskan bahawa serangan ini tidak melambangkan ajaran Islam yang menitikberatkan aspek keamanan dan kemakmuran.
"Kami berharap agar semua pihak tidak mengaitkan insiden berkenaan dengan kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya dalam satu kenyaan pada Selasa.
Selain itu, beliau juga yakin kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan semua agensi keselamatan yang terlibat untuk meningkatkan usaha menangani ancaman keganasan di negara tersebut.
TH juga menasihat semua umat Islam agar bersatu padu supaya kejadian sama tidak berulang dan memberi kerjasama kepada kerajaan Arab Saudi dalam menangani ancaman tersebut.
Dalam pada itu, TH juga telah membangunkan Pelan Pengurusan Bencana Operasi Haji tanah suci yang mengandungi tatacara untuk menguruskan krisis.
Pelan ini adalah untuk kesinambungan operasi haji pada tahun ini sekiranya berlaku bencana yang boleh mengancam nyawa atau menjejaskan operasi di tanah suci.
"Kami bakal berhubung dengan kedutaan Malaysia di Arab Saudi dan Kementerian Haji Arab saudi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil oleh jemaah haji.
Maklumat keselamatan ini akan dimaklumkan oleh TH kepada bakal jemaah haji Malaysia semasa kursus perdana haji atau sebelum mereka berangkat ke tanah suci.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#johan abdullah
#serangan bom
#Tabung Haji
#TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan