awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji serahkan zakat RM2.1 juta kepada asnaf di Sabah

Dagang News
Dagang News
12/11/2021
00:01 MYT
Tabung Haji serahkan zakat RM2.1 juta kepada asnaf di Sabah
Serahan zakat itu disampaikan oleh Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Malai Ali Malai yang turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor. - Foto DagangNews.com
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat berjumlah RM2,104,543.47 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Sabah.
Serahan zakat itu disampaikan oleh Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Malai Ali Malai yang turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Bayaran zakat bagi Sabah mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak RM1,774,247.05.
“Saban tahun TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kami sebagai sebuah organisasi Islam yang prihatin dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosioekonomi ummah bagi manfaat khususnya golongan asnaf di Sabah,” kata Nurlaila.
TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh MUIS ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.
Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH bagi tahun 2020 terus mencatatkan peningkatan di seluruh negeri sebanyak RM100,416,202.83 berbanding RM86,185,327.00 pada tahun 2020.
Pada 30 Oktober lalu, TH menyerahkan sumbangan van menerusi Program Mobiliti buat julung-julung kalinya di negeri ini.
Pada tahun ini, TH turut memperuntukkan RM18.7 juta bagi melaksanakan Program Ehsan iaitu bantuan kewangan untuk golongan asnaf yang memerlukan seperti warga emas, ibu bapa tunggal dan golongan kurang upaya.
TH juga turt menganjurkan Program Ikhtiar bagi membantu golongan asnaf melalui suntikan modal perniagaan, Program Iqra bagi menyediakan bantuan kewangan dan keperluan kepada pelajar asnaf di beberapa universiti awam dan Program Afiat yang melibatkan sumbangan alat bantuan sokongan kesihatan.
Sepanjang 2020, TH terus memperkasakan lagi aspek kebertanggungjawabannya dengan pelaksanaan pelbagai program zakat bersasar khususnya kepada golongan yang memerlukan melalui pengagihan bagi tujuan pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan.
Inisiatif ini juga membolehkan TH menganjurkan program-program tanggungjawab sosial korporatnya yang memberi impak positif berganda kepada golongan asnaf.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#asnaf
#zakat
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan