Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengeluarkan garis panduan kawalan dan pencegahan penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) bagi mengelakkan ia terus menular di negeri itu.

Antara lain, garis panduan itu menasihatkan pihak pengusaha taska, tadika dan lain-lain pusat jagaan kanak-kanak agar menjalankan saringan bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.

"Pengusaha taska dan tadika juga dinasihatkan untuk memastikan tahap kebersihan premis mereka berada dalam keadaan optimum," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI hari ini.


Selain itu, ibu, bapa dan penjaga kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan diminta mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:







Pada Khamis, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan bahawa Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi HFMD iaitu 7,471 kes diikuti Sarawak 3,007 kes.

Menurutnya tiga daerah di Selangor yang mencatat bilangan kes tertinggi adalah Petaling (2,699), Hulu Langat (1,801) dan di Klang (1,023 kes).

BACA: Fakta anda perlu tahu tentang penyakit tangan, kaki dan mulut di Malaysia