KUALA LUMPUR: Pakar-pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kecewa dengan keputusan Malaysia untuk menghantar pulang lebih 1,000 tahanan warga Myanmar, termasuk kanak-kanak dan wanita meskipun perintah mahkamah dikeluarkan untuk menghalang langkah tersebut.
Mereka mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia menentang perintah mahkamah serta melanggar norma undang-undang antarabangsa kerana gagal menjalankan penilaian risiko terhadap setiap satu kes tahanan warga Myanmar sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal.
“Kanak-kanak tidak patut diasingkan daripada keluarga mereka, atau dihantar pulang tanpa menentukan sama ada keputusan itu adalah untuk kebaikan mereka,” tegas pakar-pakar tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut pakar-pakar PBB itu, proses identifikasi dan analisis terhadap perlindungan migran-migran berkenaan tidak dilakukan secukupnya sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko eksploitasi setelah tiba di negara mereka.
Mereka menggesa supaya pihak berkuasa menilai keadaan baki warga Myanmar yang tidak dihantar pulang dan memastikan mereka dilindungi.
Pada Selasa, 1,086 tahanan warga Myanmar dihantar pulang selepas Mahkamah Kuala Lumpur mengarahkan supaya penghantaran itu ditangguhkan.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen tidak menjelaskan sama ada keputusan itu dibuat sebelum atau selepas arahan penangguhan dikeluarkan mahkamah.
Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan mendakwa bahawa tahanan tersebut dihantar pulang secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak.
Proses penghantaran menggunakan tiga buah kapal Tentera Laut Myanmar melalui Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.
Mahkamah Tinggi pada Rabu mengeluarkan perintah sementara yang melarang penghantaran tahanan Myanmar yang berkuat kuasa sehingga 9 Mac ini.
Sejak awal bulan ini, angkatan tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa dan mengisytiharkan perintah darurat selama 12 bulan selepas pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi ditahan.
Nailah Huda
Thu Feb 25 2021
Pada Selasa, 1,086 tahanan warga Myanmar dihantar pulang walaupun Mahkamah Kuala Lumpur mengarahkan supaya penghantaran itu ditangguhkan. Foto - Facebook Jabatan Imigresen
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.