awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19

Bernama
Bernama
26/02/2022
14:07 MYT
Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki berkenaan ditahan semalam oleh anggota polis daripada Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan lelaki warganegara Myanmar di Hospital Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi disahkan adalah akibat jangkitan COVID-19.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki berkenaan ditahan semalam oleh anggota polis daripada Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
"Ujian awal mendapati lelaki berkenaan positif COVID-19 dan kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan, lelaki itu ditempatkan di wad COVID-19 pada pukul 4 petang hari yang sama dan pada pukul 2.22 pagi hari ini (26 Feb) lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat virus berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Katanya Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan polis
#meninggal dunia
#warganegara Myanmar
#Hospital Tanah Merah
#COVID-19
#JIPS Bukit Aman
#Azri Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan