awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan warga Jepun gantung diri dalam lokap

Teoh El Sen
Teoh El Sen
08/06/2013
23:08 MYT
Tahanan warga Jepun gantung diri dalam lokap
Seorang lelaki warga Jepun yang ditahan kerana menceroboh masuk ke sebuah universiti di Bandar Sunway minggu lepas ditemui mati di lokap balai polis Subang USJ8 awal Sabtu pagi.
Nobuhiro Matsushita, 33, dijumpai tergantung pada palang besi dengan menggunakan baju lokapnya pada jam 4 pagi, menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan.
Thaiveegan berkata bedah siasat yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati suspek membunuh diri dan tiada kesan kecederaan atau tanda-tanda lain pada tubuhnya.
"Siasatan awal polis menolak perbuatan khianat, " katanya pada sidang akhbar pada hari Sabtu.
Nobuhiro telah memasuki Malaysia melalui pas lawatan sosial, menurut polis.
Pada Ahad lepas, Nobuhiro dilihat bersendirian di sebuah bengkel berhampiran Universiti Monash.
Apabila didekati oleh polis bantuan Bandar Sunway, dia dikatakan telah mengeluarkan sebilah pisau berukuran empat inci dan mengancam polis dengannya.
Sekumpulan anggota polis tambahan bagaimanapun berjaya menahan beliau dan merampas senjata tersebut.
Nobuhiro kemudian ditahan di balai polis Subang, dia juga direman selama tiga hari atas kesalahan ugutan jenayah dan menceroboh.
Pada mulanya, Nobuhiro diletakkan di dalam sel bersama dengan banduan lain. Bagaimanapun, beliau telah dipindahkan ke sel yang berasingan selepas dia didakwa mengganggu tahanan lain.
Polis kemudian memperolehi perintah reman untuk membantu siasatan di bawah Akta Imigresen.
Thaiveegan berkata polis beberapa kali memanggil penterjemah dari wakil kedutaan untuk tujuan siasatan memandangkan suspek tidak fasih berbahasa Inggeris.
Beliau berkata polis juga telah menghubungi keluarga suspek untuk memaklumkan kejadian melalui kedutaan dan bermungkinan mereka mengambil masa untuk tiba ke sini.
"Kami sedang menunggu laporan penuh daripada pakar patologi dan bila telah diterima, kami akan menyerahkan fail siasatan atau laporan mati mengejut ini ke Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya.
Topic Berkaitan
#a. thaiveegan
#kematian
#nobuhiro matsushita
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan