KUALA LUMPUR: Malaysia menyaksikan peningkatan tahap kebahagiaan dalam kalangan rakyatnya yang mantap bagi tempoh 2020 hingga 2023, melepasi tahap global tahun ini, menurut syarikat penyelidikan pasaran Ipsos.
Berdasarkan Indeks Kebahagiaan mengikut Negara, Malaysia berada pada tahap 77 peratus, lebih tinggi daripada purata 30 negara yang mencatatkan tahap 71 peratus.
Pengurus penyelidikan hal ehwal awam Ipsos Atticus Poon berkata hubungan secara peribadi, hubungan dengan alam semula jadi dan pencapaian pendidikan merupakan penyumbang utama kepada kebahagiaan hidup bagi ramai orang.
"Rakyat Malaysia khususnya memperoleh lebih banyak kepuasan daripada hubungan kekeluargaan mereka berbanding negara lain.
"Walaupun orang ramai di seluruh dunia mendapati bahawa situasi ekonomi dan sosio-politik di negara mereka kurang memuaskan, rakyat Malaysia secara amnya lebih berpuas hati daripada purata global," katanya dalam laporan hari ini.
Menurut laporan itu 91 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan anak-anak mereka, lebih tinggi daripada purata global 84 peratus, manakala 88 peratus berpuas hati dengan hubungan mereka bersama pasangan, lebih tinggi daripada purata global 83 peratus.
Selain itu, 42 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan situasi sosial dan politik di negara ini berbanding purata global 39 peratus, manakala 50 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan keadaan ekonomi negara, lebih tinggi berbanding purata global 40 peratus.
Tinjauan Ipsos melibatkan 24,269 orang dewasa di bawah umur 75 tahun secara dalam talian dari 30 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Malaysia berada pada tahap 77 peratus, lebih tinggi daripada purata 30 negara yang mencatatkan tahap 71 peratus. - Gambar hiasan/Bernama
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
Tahap kebahagiaan Malaysia melepasi tahap purata kebahagiaan global - Ipsos
Malaysia berada pada tahap 77 peratus, lebih tinggi daripada purata 30 negara yang mencatatkan tahap 71 peratus.