MELAKA: Tahap kesedaran pemilik syarikat perniagaan e-dagang dan usahawan dalam talian untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini semakin meningkat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia hasil daripada pelbagai inisiatif diwujudkan kerajaan termasuk pendaftaran percuma bagi golongan belia.
"Sehingga 28 Feb lepas, sebanyak 686,908 entiti perniagaan secara dalam talian dan 10,633 syarikat dalam talian di seluruh negara telah berdaftar dengan SSM.
"Kita percaya era digital ini memberikan impak positif, syarikat yang menjalankan perniagaan dalam talian menunjukkan perkembangan sangat baik dan kita akan bantu mereka terutama mereka yang terlibat dalam ekonomi gig ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan pejabat baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Melaka di Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh di sini semalam.
Salahuddin turut menggalakkan usahawan belia segera mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang dimulakan sejak awal tahun ini.
"Kita ada peruntukan sebanyak RM10 juta bagi program SPPP ini dan sejak dimulakan 1 Jan lepas, SSM telah menerima 60,273 pendaftaran dengan 32,597 daripadanya adalah usahawan B40 dan 27,676 kategori pelajar sepenuh masa.
"Jadi saya galakkan golongan muda jangan lepaskan peluang ini dengan mendaftarkan segera perniagaan mereka, memandangkan sambutan dalam tempoh tiga bulan ini amat menggalakkan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata perkhidmatan pendaftaran SSM secara dalam talian juga telah memudahkan proses pendaftaran perniagaan kerana ia menjimatkan kos dan memberi keselesaan kepada pelanggan.
"Seperti hari ini, kita telah buka satu pejabat baharu di Melaka dan diharapkan fasiliti yang disediakan akan menggalakkan lebih ramai usahawan di negeri ini mendaftarkan entiti mereka di bawah akta yang dikawal selia oleh SSM.
"Berdasarkan statistik, pendaftaran SSM di Melaka adalah antara yang paling aktif apabila sehingga 28 Feb lepas sebanyak 317,305 syarikat didaftarkan, manakala jumlah syarikat yang diperbadankan dengan SSM adalah 29,639.
"Jadi kita harap pihak berkepentingan di Melaka terus berganding bahu bersama SSM untuk menggalakkan komuniti niaga di negeri ini mendaftarkan perniagaan mereka," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Salahuddin (tengah) beramah mesra bersama kakitangan SSM yang bertugas ketika mengadakan lawatan di dalam bangunan pejabat SSM pada majlis Perasmian Bangunan Pejabat SSM di Ayer Keroh, Melaka, 18 Mac 2023. --fotoBERNAMA

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Tahap kesedaran pendaftaran e-dagang di SSM meningkat - Salahuddin
Ia hasil daripada pelbagai inisiatif diwujudkan kerajaan termasuk pendaftaran percuma bagi golongan belia.

SPUT: Tekun peruntuk RM5 juta untuk usahawan pasar tamu
SPUT dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1,000 penerima manfaat yang terdiri daripada golongan usahawan tamu yang memfokuskan perniagaan secara informal, iaitu tidak berdaftar dengan SSM.

Ahmad Sabki dilantik Pengerusi SSM
Ahmad Sabki Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac lepas.

Isu tular: Kod etika pakaian adalah amalan baik, sudah lama dilaksana - SSM
SSM mengulas mengenai insiden seorang pelanggan wanita yang tidak dibenarkan memasuki pejabat SSM di Ipoh atas faktor pakaian.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

COVID-19: Lebih 30,000 PMKS ditubuhkan tahun 2021 - Exco Perak
Lebih 30,000 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perak tahun lalu.

SSM cadang empat perkara asas diterap dalam draf Akta Sukan Selamat
Peningkatan dalam standard penjagaan atlet adalah antara empat perkara asas yang perlu diterap dalam draf Akta Sukan Selamat, menurut badan bukan kerajaan Safe Sport Malaysia (SSM).

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Lebih 8.5 juta perniagaan, 1.4 juta syarikat berdaftar dengan SSM
Kejayaan itu disumbang usaha Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mentransformasikan proses pendigitalan bagi mendaftarkan pelbagai entiti perniagaan.

KPDNHEP, SSM perkenal inisiatif baharu bantu pemulihan ekonomi negara
Ia bertujuan untuk meringankan beban komuniti korporat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta membantu pemulihan ekonomi negara selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia.