awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap keselamatan di tapak kerja perlu dipertingkatkan, tiada kompromi - NIOSH

Bernama
Bernama
08/09/2025
20:15 MYT
Tahap keselamatan di tapak kerja perlu dipertingkatkan, tiada kompromi - NIOSH
Chong berkata Seksyen 29A menetapkan setiap tempat kerja mempunyai lima atau lebih pekerja perlu mempunyai seorang Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terlatih. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tahap keselamatan di tapak kerja perlu dipertingkatkan selaras dengan pindaan dibuat terhadap undang-undang berkaitan, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Chong Chieng Jen.
Beliau berkata Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dikuatkuasakan 1 Jun tahun lepas memperluas skop perlindungan kepada pekerja dengan mewajibkan majikan menjalankan penilaian risiko secara sistematik.
"Seksyen 18B (akta tersebut) mewajibkan setiap majikan, prinsipal, pemaju atau kontraktor untuk melaksanakan penilaian risiko secara sistematik sebelum sesuatu kerja dijalankan.
"Penilaian ini mesti mengenal pasti bahaya di tempat kerja, menilai tahap risiko serta menetapkan langkah kawalan untuk mencegah kemalangan, kecederaan atau penyakit pekerjaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Chong mengulas insiden seorang pekerja berusia 22 tahun maut tertimbus tanah runtuh sedalam hampir tiga meter di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 1.45 tengah hari 6 Sept, ketika kerja pemasangan paip di kawasan kampus.
Pada masa sama, Chong berkata Seksyen 29A menetapkan setiap tempat kerja mempunyai lima atau lebih pekerja perlu mempunyai seorang Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terlatih bagi membantu mengenal pasti bahaya, memastikan pematuhan prosedur serta memupuk budaya kerja selamat.
Beliau berkata NIOSH turut menekankan kepentingan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024 yang dikuatkuasakan 1 Jun 2024.
"Peraturan ini memperkenalkan pendekatan proaktif di mana klien, pereka bentuk dan kontraktor diwajibkan merancang, mengurus serta memantau keselamatan sepanjang kitar hidup projek dari fasa prapembinaan hingga pasca pembinaan," katanya.
Chong berkata NIOSH sedia membantu pihak industri, kontraktor dan institusi pendidikan menangani isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) melalui latihan serta khidmat rundingan yang mampu meningkatkan pematuhan undang-undang serta aspek KKP termasuk di tapak pembinaan.
"Pematuhan akta yang dipinda ini boleh membantu mengatasi kemalangan dan kematian di tempat kerja jika semua pihak terutama majikan, kontraktor serta pekerja melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NIOSH
#tahap keselamatan
#Chong Chieng Jen
#kemalangan di tempat kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan