KUALA TERENGGANU: Tahap produktiviti setiap pekerja di Malaysia meningkat kepada RM96,692 tahun lepas, berbanding RM95,858 pada 2022.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata bilangan pekerja turut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 2.5 peratus dengan jumlah 16.3 juta orang, sekali gus menggambarkan pasaran tenaga kerja yang stabil dan peningkatan aktiviti ekonomi di negara ini.
"Ini juga mencerminkan trajektori positif pewujudan peluang pekerjaan baharu.Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama semua pihak di sektor awam dan swasta. Usaha bersama ini perlu diteruskan dan diperkukuhkan di masa hadapan agar sasaran dan matlamat negara boleh dicapai. Hasilnya dinikmati bersama, kepada perkhidmatan awam, pemain industri, anak-anak kita dan generasi yang akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.
Mohd Zuki berkata berdasarkan laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023, Malaysia kekal pada kedudukan ke-36 dari kalangan 132 buah negara dengan peningkatan skor keseluruhan kepada 40.9 berbanding 38.7 pada 2022.
Malaysia katanya berada pada kedudukan ke-27 dalam Laporan Ranking Daya Saing Dunia 2023 berbanding ke-32 pada tahun sebelumnya.
"Ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang tepat ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi. Pencapaian dan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa menjadi bukti bahawa kepimpinan, dasar dan tindakan strategik negara berkesan dan menjurus kepada pencapaian sasaran, seperti yang diaspirasikan dalam kerangka Ekonomi MADANI untuk Malaysia berada antara 30 ekonomi terbesar dunia dan 12 negara paling berdaya saing dalam tempoh sepuluh tahun," katanya.
Dalam pada itu Mohd Zuki berkata pada 2022, Terengganu merekodkan peningkatan prestasi produktiviti pekerja memberangsangkan iaitu 3.4 peratus dengan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM77,695 berbanding pengembangan 2.8% (RM75,167) pada 2021.
Pada tahun ini katanya Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Terengganu berkembang 6.9 peratus, disumbangkan oleh peningkatan produktiviti antara empat hingga lima peratus.
Selain itu Mohd Zuki berkata kerajaan sedang melaksanakan inisiatif mempercepatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar antaranya menerusi Pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Kementerian Ekonomi bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dan bantuan serta subsidi sampai kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan.
Beliau berkata di Terengganu terdapat 8,057 keluarga miskin tegar dan lebih 30 ribu keluarga miskin, sehubungan itu beliau berharap pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan akan menoktahkan kemiskinan tegar di negeri berkenaan menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berucap pada Majlis Perasmian Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Terengganu hari ini. - Foto Bernama
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Tahap produktiviti pekerja di Malaysia meningkat - KSN
Tahap produktiviti setiap pekerja di Malaysia meningkat kepada RM96,692 tahun lepas, berbanding RM95,858 pada 2022.