awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahfiz miliki kelebihan perkasa syiar Islam

Bernama
Bernama
06/03/2018
11:48 MYT
Tahfiz miliki kelebihan perkasa syiar Islam
ASYRAF: Kerajaan berharap program Transformasi Nasional 2050 (TN50) dapat melahirkan 125,000 huffaz dalam bidang kedoktoran, peguam, akauntan dan juga pentadbir.
Golongan tahfiz yang menguasai bidang profesional memiliki kelebihan untuk menyumbang ke arah pembangunan syiar Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki.
Beliau berkata dengan menguasai imu agama, peranan golongan tahfiz dalam konteks aliran sains memberi impak terhadap umat Islam.
"Kerajaan berharap program Transformasi Nasional 2050 (TN50) dapat melahirkan 125,000 huffaz dalam bidang kedoktoran, peguam, akauntan dan juga pentadbir," katanya ketika berucap pada majlis Nadwah Murabbi Ummah peringkat negeri di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program tersebut.
Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyalurkan sebanyak RM10.3 juta kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menjelaskan imbuhan bulanan kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk Januari dan Februari tahun ini.
Mengenai Bajet 2018, beliau berkata imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA di seluruh negara turut menikmati bayaran one-off sebanyak RM1,500 sebagai penghargaan atas sumbangan mereka terhadap pembangunan ummah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agama
#Asyraf Wajdi Dusuki
#bangsa
#huffaz
#Islam
#negara
#pembangunan
#syiar
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan