JELI: Rakyat Kelantan diingatkan supaya terus berhati-hati terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih menjadi ancaman kepada negara meskipun akan memasuki tahun baharu 2022.
Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu sentiasa dipatuhi bagi mengekang penularan wabak itu.
"Kita masih dalam wabak COVID-19 dan bencana banjir, kita perlu muhasabah diri menjelang sambutan tahun baharu ini dengan mengadakan solat hajat dan munajat daripada mengadakan majlis lain," katanya selepas menyampaikan bantuan sumbangan bekalan makanan asas kepada mangsa banjir di Masjid Kampung Lakota, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai Kelantan yang akan memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 3 Jan depan, Ahmad bersyukur dengan peralihan tersebut tetapi meminta rakyat di negeri itu agar tidak terlalu berasa selesa.
"Kita jangan berasa selesa, kita masih dalam wabak COVID-19 ditambah lagi dengan varian baharu, Omicron, ia satu ujian kepada kita selain perlu sabar dan mengikut segala peraturan ditetapkan," katanya.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya Sarawak dan Kelantan, beralih ke Fasa Empat PPN Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Datuk Ahmad Yakob berkata prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu sentiasa dipatuhi bagi mengekang penularan wabak itu. - Gambar fail

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2 ribu kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO. Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Krisis Ukraine | Bekalan makanan global terjejas akibat perang
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine kini menjejaskan bekalan makanan global. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken mendakwa eksport Ukraine ke negara membangun terhenti, gara-gara penutupan Pelabuhan Laut Hitam.

Perpaduan | Program Jom Tengok Bola semai perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan. Itu antara matlamat Kementerian Perpaduan Negara dalam program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Vietnam di restoran Hakim di Shah Alam pada Khamis.

Persidangan Ulama | Bincang nasib Masjidil Al-Aqsa
Kira-kira 200 ulama dari dalam dan luar negara berkumpul di Sepang, Selangor selama tiga hari bagi menghadiri sidang Kemuncak Ulama 2022 bermula hari ini. Sidang kemuncak itu antara lain bertujuan mencari resolusi untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada serangan tentera Israel.

'Teruskan perkhidmatan tren ekspres khas musim perayaan' - Ahmad
Memenuhi permintaan perantau yang mencari kaedah alternatif untuk pulang ke kampung semasa cuti sambutan perayaan.

Pas Kelantan siap sedia hadapi sebarang kemungkinan pada PRU15 - Ahmad
Pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk kehadiran gabungan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan.

Bantuan khas kewangan Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Kelantan - MB
Bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada setiap penjawat awam di negeri itu bermula daripada gred 56 dan ke bawah.

Mohd Amar semakin pulih, sedang berehat di rumah - MB Kelantan
Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas sebelum ini dilaporkan mengalami gejala COVID-19 selepas pulang dari kempen Pilihan Raya Negeri Johor pada 13 Mac lepas.

Kerajaan Kelantan umum tanggung bil air selama sebulan
Pengecualian bayaran bil air itu melibatkan 146,600 akaun pengguna dengan implikasi kewangan kerajaan lebih kurang RM3 juta.

Kelantan batal kontrak, tender semula 12,000 hektar projek ladang hutan
Kerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12,000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatangani perjanjian gagal mengusahakannya.

Kelantan akan mohon untuk ambil alih tanah tanah rizab Sungai Golok
Ahmad berkata, sepanjang sempadan negara banyak bangunan dibina di atas rizab dan tanah-tanah kawasan tepi sungai.

RM10 juta tangani banjir kilat di Kelantan
Masalah banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan Kota Bharu, apabila tiba musim tengkujuh akan diatasi dengan kadar segera.

Semua bilik gerakan banjir di Kelantan diaktifkan - Menteri Besar
Libatkan kerjasama daripada agensi yang terlibat seperti pasukan keselamatan, wakil-wakil rakyat termasuk sukarelawan.

Projek Tebatan Sungai Golok penyelesaian jangka panjang banjir - MB
Datuk Ahmad Yakob berkata projek itu penting kerana terletak di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.