awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
14/04/2024
15:30 MYT
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri. - Foto FB Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Tahun Baharu Tamil dan Hari Vishu yang disambut masyarakat Tamil dan Malayali hari ini akan membawa permulaan hidup harmoni, kesihatan baik dan rezeki yang melimpah-ruah buat semua yang menyambutnya.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
"Jadikan semangat kebersamaan yang wujud ini untuk kita terus memperkukuh asas perpaduan dalam kalangan kita yang kaya dengan pelbagai latar belakang dan budaya selari dengan citarasa Malaysia MADANI," katanya.
Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil dan Hari Vishu kepada seluruh masyarakat Tamil dan Malayali di Malaysia.
Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil, manakala Hari Vishu merupakan sambutan tahun baharu bagi kumpulan etnik Malayali dan disambut pada hari pertama bulan Medam dalam kalendar Malayali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahun baharu tamil
#Hari Vishu
#Ahmad Zahid Hamidi
#harmoni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan