ENTAH berapa tahun dalam hidup kita ini, tahun baru menjengah dan entah berapa kali azam baru kita terperam sekian lama.
Selain azam peribadi terkait dengan peningkatan diri, karier mahupun kehidupan lebih baik, ramai yang tidak tumpukan kepada azam untuk orang Melayu pada setiap tahun baru.
SAYA ORANG MELAYU
Kali ini saya mahu berazam untuk melihat 'Orang Melayu Bangkit'. Iaitu kepimpinan Melayu yang efektif, Melayu daripada gagasan Malaysia Baharu dan Melayu yang progresif dan inklusif.
Azam tahun ini bermula dengan pengakuan awal bahawa saya adalah Melayu 100% dari ibu dan ayah saya secara biologikalnya. Walaupun leluhur saya dari etnik Rawa atau Rao dari Sumatera, namun etnik ini juga tergolong dalam kategori Melayu. Sebelum sesiapa mempertikaikan azam saya tentang Melayu, lebih baik saya memperakui kepentingan saya dalam tajuk ini.
ROMANTISMA MELAYU
Perkataan 'Melayu Bangkit' ada berbagai konotasi kepada sesetengah pihak. Bagi saya, bangkitnya Melayu bukan bererti mereka bangkit untuk mewajarkan 'ketuanan' bani Melayu tetapi 'bangkit' adalah untuk mereka menjadi titik sambung kepada kerangka besar masyarakat yang majmuk. Bagi saya 'Ketuanan Melayu' adalah satu lena panjang yang menyisihkan orang Melayu dari realiti kemajmukan yang kita warisi selama ini.
Romantisma Melayu sebagai tuan di bumi bertuah ini, harus diwajarkan dan dijajarkan dengan sifat kepimpinan Melayu.
Apakah sifat kepimpinan Melayu? Kepimpinan bermula dengan membimbing dan menunjuk jalan yang membawa keuntungan bersama dengan satu matlamat yang jelas. Maka kepimpinan Melayu mesti berperanan demikian dalam membawa masyarakat Malaysia yang rencam kepada satu matlamat negara yang akhirnya membawa kesejahteraan untuk semua. Romantisma Melayu kadangkala dicelarukan dengan kelompok yang mendakwa kepimpinan Melayu tetapi mereka menunjukkan sifat diktator dalam membawa orang lain agar memaksa tunduk kepada Bani Melayu walaupun dengan ugutan dan kekerasan. Apakah ini sifat kepimpinan Melayu?
MELAYU YANG MULIA
Melayu punya sejarah panjang terhablur dalam ketinggian adat resam bersendikan syarak. Bukan baru kehebatan kepimpinan Melayu dari adat berkias kepada keris yang dilibas, dari ketegasan keputusan kepada rundingan berkesan dan dari keberanian sehingga sanggup berkorban. Semua keperibadian Melayu ini telah menyediakan mereka untuk memimpin dan membimbing dalam apa jua suasana yang dilalui.
Melayu tidak pernah mendakwa ketuanan tetapi menawarkan kepimpinan yang adil dan rundingan yang menghasilkan keuntungan bersama jauh sekali Melayu yang memaksa atau Melayu yang membina tembok antaranya dan dunia luar. Saya melihat lagak sesetengah kepimpinan Bani Melayu yang melaungkan Melayu dengan lenggok mengugut dan mengancam hanya membina tembok yang semakin menebal di mana tanpa disedari, Bani Melayu akan terus tersisih dan terkurung dalam penjara yang mereka bina sendiri.
KENALI MEDAN TEMPUR KITA
Alam Melayu bukan tidak pernah dijajah, namun ia mengajar kepimpinan Melayu bangkit semula dengan membina kekuatan dan menghimpun tenaga menuju kepada perkara besar membebaskan bumi Melayu. Kepimpinan Melayu melakukan perkara besar dalam sejarah mereka bukan sekadar berhimpun sambil mengungkap laungan 'Hidup Melayu! Bangkit Melayu.' Melayu juga melakukan benda besar menentukan mana medan tempurnya, bukan mencipta medan tempur dengan 'musuh khayalan' kononnya Melayu terancam, tetapi diam ketika negara memang terancam dari musuh Bani Melayu sendiri!
MALU DAN MELAYU
Kepimpinan Melayu punya satu nilai besar yang memandu kepimpinannya. Satu nilai yang terkenal dengan orang Melayu ialah sifat 'malu'. Orang Melayu memang terkenal malunya malah sejenis tumbuhan disebut daun 'semalu' kerana karakter itu hampir dengan kehidupan orang Melayu.
Malu dalam budaya orang Melayu bukan sekadar memelihara malu dalam tingkah-laku tetapi malu sebagai sistem nilai yang menolak segala jenis perkara yang mengaibkan manusia lain, menolak ketidakadilan dan malu apabila berdiam-diri kepada sesuatu kemungkaran. Buat baik berpada, buat jahat jangan sekali adalah ungkapan nilai malu kepada kerosakan. Bangkitkah orang Melayu hari ini apabila mereka tidak malu-malu menabur fitnah? Mengaibkan orang? Memaki-hamun, menyebarkan kebencian? Lebih memalukan saya orang Melayu ialah semua ini dilakukan bertopengkan nama Bani Melayu dan agama Islam yang suci!
ISLAM DAN MELAYU
Kepimpinan Melayu tidak akan terpisah daripada nilai sistem Islam secara Akidah dan Akhlaknya. Semua ajaran Islam menyeru kepada kebaikan dan menolak sebarang kerosakan dan keburukan. Bangkitnya orang Melayu ialah demi membawa kebaikan pada dirinya dan kepada orang lain. Satu perkara yang diajar oleh Islam ialah menolak 'perkauman sempit' dan ketaksuban kaum melampau. Kebanggaan kaum dan bangsa tidak boleh melampaui batasan keadilan dan batasan kemanusiaan yang ditetapkan oleh Syariah. Orang Melayu akan bangkit apabila dipandu oleh prinsip-prinsip ini malah akan dilihat mampu memberi jaminan kehidupan aman dan damai untuk semua.
Melayu masih diulit mimpi dalam lena panjang mereka jika laungan 'Hidup Melayu, Bangkit Melayu' disuntik dengan ketaksuban dan retorik perkauman sempit sebagaimana sesetengah Bani Melayu lakukan hari ini.
ROBOHKAN TEMBOK
Azam saya 2019 ialah supaya orang Melayu bangkit dan merobohkan tembok yang memenjarakan diri mereka selama ini kononnya mereka terancam. Mereka yang rasa dirinya 'terancam' sentiasa dipandu oleh ketakutan, tidak yakin diri dan memandang manusia dengan mata prejudis.
Hanya dengan kebangkitan ini kita boleh membimbing orang lain memaknai hidup bersama. Tindakan orang Melayu seharusnya resiprokal kepada yang lain dan akan melahirkan kesan yang amat positif kepada kerangka Malaysia Baharu hari ini. Sebaliknya juga sama, semakin 'terpenjara' orang Melayu dengan sikap ketaksuban mereka, tindakan resiprokalnya kepada yang lain ialah mereka akan menjadi terancam pula dan membina tembok sendiri justeru kebencian dan prejudis terus melebar dan berleluasa.
Saya mohon maaf pada mereka yang mengharapkan azam Melayu Bangkit 2019 tidak ikut selera sesetengah pihak walaupun retorik yang sama ini dipakai oleh mereka. Saya hanya mahu kebangkitan Melayu dalam makna menjadi pemangkin dan memimpin Malaysia Baru yang bebas dari perkauman sempit dan prejudis kaum dan agama.
* Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa merupakan Menteri di JPM (Agama), Naib Presiden Parti Amanah Negara dan Ahli Parlimen Parit Buntar.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Mujahid Yusof Rawa
Wed Jan 16 2019
Tindakan orang Melayu seharusnya resiprokal kepada yang lain dan akan melahirkan kesan yang amat positif kepada kerangka Malaysia Baru hari ini. - Gambar hiasan
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia
Anugerah itu disampaikan Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini.
Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.
Jumlah wanita dalam bidang kepimpinan di ASEAN adalah rendah - Laporan
Usaha perlu dipergiat bagi mempromosi peranan wanita dalam meningkatkan produktiviti dan memperkukuh pemuliharaan ekosistem.
Ketua-ketua Pemuda BN zahir sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri
Ketua-Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Wanita dalam STEM perlu tampil sebagai contoh teladan
Hanya 30 peratus pelajar perempuan memilih bidang yang berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM di peringkat pengajian tinggi.
Contohi akhlak dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW - Anwar
Keperibadian Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan manusia biasa menjadi bukti bahawa sesebuah kepimpinan itu mampu diterajui dengan baik apabila ia berpandukan akhlak seseorang individu.
Golongan wanita diseru sertai bidang politik
Ketengahkan bakat dalam bidang kepimpinan terutamanya dalam arena politik.
Asah kemahiran kepimpinan dari sekolah lagi - Raja Muda Selangor
Tengku Amir menasihatkan golongan muda mendalami ilmu kepimpinan kerana ia tidak hadir begitu sahaja dan perlu dipraktikkan selalu.
Memimpin dalam kebijaksanaan
Kepimpinan UMNO diseru untuk bersikap bijaksana dan mengenepikan sifat-sifat yang berimejkan ego, hasad-dengki, 'selfish' serta tamak-haloba.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.