awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
PBB beri amaran dunia masuki era 'muflis air global'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak mengaku rogol pengantin baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2019
23:09 MYT
Tak mengaku rogol pengantin baharu
Tertuduh didakwa merogol seorang pengantin baharu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan merogol seorang pengantin baharu tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Yusof Othman, 28, dari Dungun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan tanpa rela dengan mangsa, 30, semasa menceroboh masuk ke rumah sewanya di Paka, Dungun, kira-kira jam 5.40 pagi, pada 5 Oktober tahun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Lishantini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pengantin baharu dirogol oleh lelaki bertopeng yang menceroboh masuk ke dalam rumah sewanya.
Suspek yang hanya memakai seluar dalam mengajak mangsa mengadakan hubungan seks dan mengugut dengan meletakkan gunting di leher mangsa.
Setelah merogol mangsa, suspek mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga termasuk sebuah telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#Dungun
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Sesyen
#penjara
#rogol
#rogol pengantin baru
#seks
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan