MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengarahkan tiga premis kilang makanan di negeri itu ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, berikutan tidak mematuhi tahap kebersihan ditetapkan dalam operasi bersepadu hari ini.
Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata tiga kilang diarah tutup itu memproses tofu, ais krim dan susu tepung, yang beroperasi di kawasan Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub di Serkam dan kawasan perindustrian Jasin.
Beliau berkata tiga kilang terbabit juga, antara 73 kilang memproses makanan diperiksa jabatan berkenaan sepanjang tahun ini.
"Sehingga hari ini juga, Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan 58 kompaun membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berjumlah RM47,350.
"Selain itu sepuluh premis membabitkan kilang memproses mee, tofu, susu tepung, ais krim dan yogurt, juga dikenakan kompaun berjumlah RM25,000 di bawah Peraturan 9 iaitu premis pengilangan makanan tidak menyediakan atau mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rusdi berkata operasi dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bersama Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) itu, bagi memastikan semua kilang di Melaka mendapatkan persijilan sekurang-kurangnya Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Beliau berkata perkara itu selaras dengan kehendak Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu di bawah Peraturan 9, yang mewajibkan setiap pemilik premis pengilangan makanan menyedia dan mengadakan satu PJKM.
"PJKM ini merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan.
"Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Amalan Pergilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Kritikal (HACCP), MeSTI dan sebagainya," katanya.
Katanya orang ramai turut dinasihatkan supaya bijak memilih produk makanan mempunyai label dan maklumat yang betul, serta logo persijilan diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebarang aduan mengenai premis pengilangan makanan kotor serta makanan yang dijual rosak, boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau laman sesawang http://moh.spab.gov. my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Tiga kilang diarah tutup itu memproses tofu, ais krim dan susu tepung, yang beroperasi di kawasan Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub di Serkam dan Kawasan Perindustrian Jasin. - Gambar/ Jabatan Kesihatan Melaka

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tak patuh tahap kebersihan, kilang makanan diarah tutup di Melaka Halal Hub
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengarahkan tiga premis kilang makanan di negeri itu ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Premis kotor, dua kilang memproses makanan diarah tutup
Dua buah kilang, iaitu kilang memproses tauhu dan kilang belacan, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan.

Kotor dan guna logo halal tanpa kebenaran, kilang kicap diarah tutup
Antara kesalahan yang dikesan adalah struktur bangunan yang tidak selamat, penyimpanan bahan kotor dan penemuan najis tikus.

Restoran Anuar Kari Kepala Ikan 'bawah pokok' diarah tutup
Sebuah premis makanan yang menyediakan menu popular kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden diarah tutup.

Premis proses todi berusia 30 tahun diarah tutup sementara
Walaupun pemiliknya mempunyai lesen daripada Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan, keadaan premis itu sangat kotor sehingga terdapat tikus mati di dalam salah satu tong memproses todi.