Tiada salahnya sekiranya isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) melawat Qatar kerana ia adalah jemputan rasmi.
Malah, ia mengharumkan nama negara, kata bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.
“Beliau dijemput oleh kerajaan Qatar. Ia jemputan rasmi. Dunia lain pun begitu juga. Kalau isteri presiden lain ada jemputan, mereka pergi juga. Sekirannya ia baik untuk negara kita, mengapa tidak?
“Saya rasa tidak ada isu. Pembangkang sudah tiada modal. Kita bangga beliau (Rosmah) mengharumkan nama negara Malaysia kerana Perdana Menteri ada hadnya juga pergi luar negara.
“Kalau isterinya mengharumkan negara, mengapa tidak?
“Rakyat Malaysia berasa bangga isteri Perdana Menteri dapat penghormatan dari negara lain. Ini bukan sebarang negara, ya,” beliau berkata ketika ditemui di lobi Parlimen pada Rabu.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar telah menyoal kelayakan Rosmah untuk pergi ke Qatar sebagai wakil kerajaan pada minggu lepas.
Beliau berkata, Rosmah bukannya seorang ahli Kabinet dan tidak layak mewakili negara atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jika Rosmah membuat lawatan ke Qatar atas jemputan rasmi kerajaan itu, ia sepatutnya dilakukan atas kapasiti sendiri dan bukannya ditentukan oleh Kabinet, tambahnya.
"Kalau beliau dapat jemputan, pergilah sendiri. Kenapa pula Kabinet kena buat keputusan? Beliau bukannya ahli Kabinet.
"Suaminya sudah diarah sehingga memaksa dia mempengerusikan mesyuarat Kabinet untuk membuat keputusan membenarkan Rosmah guna jet exekutif dan mewakili negara.
"Semua isteri perdana menteri pergi mengiringi mereka. Rosmah pula mewakili negara.
"Saya katakan Kabinet yang membuat keputusan ini adalah Kabinet yang tidak bermaruah. Ini perbuatan yang menyalahi etika dan sangat merbahaya kepada masa depan negara," katanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.
Mahfuz turut meminta mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tampil kehadapan untuk membuat kenyataan tentang perkara ini.
"Semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), Dr Mahathir kata zamannya dikawal oleh keluarganya. Tapi sekarang, Kabinet dikawal dari dalam 'kelambu' Najib.
"Saya harap Dr Mahathir akan tampil ke hadapan buat kenyataan sepertimana beliau menempelak Pak Lah dahulu," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim telah mempertahankan lawatan Rosmah yang menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan.
Malah, Shahidan dalam menerangkan lawatan Rosmah adalah kerana jemputan rasmi dari kerajaan Qatar, berkata rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Rosmah atas lawatan tersebut.
Pada 10 Nov, Rosmah menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di negara itu.
Mengikut laporan media, lawatan itu dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Qatar dan Rangkaian Perniagaan Interaktif.
Isnin lalu, lawatan itu menjadi topik perbincangan hangat di Parlimen selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan perkara itu.
Mereka bertanya, adakah Rosmah layak menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan dan adakah beliau layak mewakili kepentingan negara di peringkat antarabangsa kerana beliau bukan wakil rakyat tetapi hanya isteri perdana menteri.
Sebagai balasan, Shahidan semalam menegaskan bahawa Kabinet memutuskan Rosmah boleh menggunakan jet itu kerana beliau mewakili negara atas urusan rasmi.
T K Letchumy Tamboo
Wed Nov 20 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tiada caj terhutang kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low
Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diletakkan di lapangan terbang terse
Israel lancar serangan udara terhadap Syria
Menurut tentera Syria, jet milik Israel telah melancarkan misil ke arah kawasan Qutayfeh berdekatan Damsyik menerusi laluan ruang udara milik Lubnan pada pukul 2:40 pagi waktu tempatan.