awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada caj terhutang kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low

Bernama
Bernama
24/08/2018
23:49 MYT
Tiada caj terhutang kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low
Laporan media sebelum ini menyebut bahawa Lapangan Terbang Seletar telah meminta pembayaran caj tempat letak pesawat dijelaskan terlebih dahulu sebelum jet jenis Bombardier Global 500 berharga US$30 juta itu dibenarkan dibawa ke Malaysia. - Foto fail
Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diletakkan di lapangan terbang tersebut sejak tahun lalu, menurut Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).
"Jet peribadi yang dipersoalkan itu diletakkan di hangar syarikat persendirian di Lapangan Terbang Seletar. Tiada caj yang dikenakan kepada Lapangan Terbang Seletar," kata jurucakap CAG dalam jawapan e-mel kepada Bernama pada Jumaat.
CAG diminta memberi respons kepada laporan media bahawa Lapangan Terbang Seletar telah meminta pembayaran caj tempat letak pesawat dijelaskan terlebih dahulu sebelum jet jenis Bombardier Global 500 berharga US$30 juta (RM122.5 juta) itu dibenarkan dibawa ke Malaysia.
BACA: Mahkamah izinkan Equanimity dijual
BACA: Siapa sebenarnya Low Hock Peng, bapa Jho Low?
BACA: Notis merah Interpol bagi Jho Low dan bapa
CAG merupakan pengendali Lapangan Terbang Seletar.
Laporan dalam akhbar Malaysia, memetik sumber, berkata Lapangan Terbang Seletar telah menyatakan jumlah bayaran tersebut kepada pihak berkuasa Singapura susulan hasrat kerajaan Malaysia untuk memiliki pesawat itu.
Jet perbadi didakwa milik Jho Low itu dikatakan dibeli menggunakan wang daripada syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BACA: Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
BACA: Perlu pastikan jet Bombardier dibeli guna duit 1MDB dahulu - Tun Mahathir
Laporan akhbar itu menyebut Malaysia perlu mengeluarkan kos sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa balik jet peribadi itu yang disita oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun lalu.
Dilaporkan bahawa pesawat itu adalah sebahagian daripada aset bernilai US$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan penyelewengan dana 1MDB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Interpol
#Jet
#Jho Low
#kerajaan
#Lapangan Terbang Seletar
#Malaysia
#pesawat
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan