awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takiyuddin jalani kuarantin kendiri selepas sah kontak rapat individu positif COVID-19

Bernama
Bernama
14/09/2021
05:26 MYT
Takiyuddin jalani kuarantin kendiri selepas sah kontak rapat individu positif COVID-19
Takiyuddin berkata, tanggungjawab dan amanahnya akan dilaksanakan secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan mengesahkan beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 Sept lepas, adalah negatif.
"Namun saya masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 Sept. Ia sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi individu yang menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.
"Berikutan itu, saya tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan Persidangan Dewan Rakyat sepanjang minggu ini serta tidak dapat menjalankan tugasan rasmi secara fizikal," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun tanggungjawab dan amanah akan dilaksanakan secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ujian rT-PCR
#Takiyuddin Hassan
#kontak rapat
#positif COVID-19
#kuarantin kendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan