KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam menzahirkan komitmen kementerian itu dalam meneruskan agenda terutama memastikan kekayaan sumber asli dijaga, diurus secara mapan dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang.
Beliau berkata selaras dengan agenda menangani perubahan iklim negara, KeTSA juga komited meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039.
"Saya berkeyakinan dan komited untuk menggalas tanggungjawab dan amanah ini untuk mencapai visi dan misi, memacu inisiatif utama berpaksikan rakyat serta mengutamakan budaya kerja berprestasi tinggi bagi menyokong inisiatif kerajaan mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Takiyuddin, yang melapor diri di kementerian itu semalam, diberi tanggungjawab mengemudi KeTSA bersama dengan Timbalannya Datuk Ali Biju.
Beliau juga berkata pelbagai strategi dan program seperti pensijilan pengurusan hutan, catuan tebangan tahunan, pelaksanaan amalan terbaik dalam pengusahasilan hutan, pengurusan hidupan liar serta kawasan berkepentingan biodiversiti antarabangsa akan diteruskan dan dipantau secara bersama dengan kerajaan negeri.
Beliau berkata dua inisiatif nasional iaitu 'Central Forest Spine' (CFS) dan 'Heart of Borneo' (HoB) akan terus dilaksana untuk melindungi ekosistem hutan dan biodiversiti di samping meneruskan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Menanam Pokok 100 Juta (2021 hingga 2025)
"Selain itu, pemerkasaan usaha-usaha konservasi Harimau Malaya diteruskan untuk memastikan negara tidak akan kehilangan spesies ikonik ini melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya.
"KeTSA juga telah menyediakan Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 bagi membangunkan industri mineral secara mapan dan lestari.
"Selaku peneraju sektor ekopelancongan sumber asli negara, KeTSA komited bagi memastikan Taman Negara, Taman Ekorimba, Hutan Taman Negeri dan Geotapak terus diperkasa melalui pengukuhan tadbir urus, naik taraf infrastruktur serta pembangunan modal insan serta penghasilan produk baharu bagi meningkatkan taraf ekonomi setempat," katanya.
Takiyuddin juga berkata Pelaksanaan Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta di setiap negeri akan diteruskan bagi meningkatkan kualiti dan prestasi pentadbiran tanah agar lebih efisien serta berintegriti.
Beliau berkata KeTSA juga akan meneruskan usaha pencegahan dan mitigasi geobencana melalui pelaksanaan Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC).
Katanya dalam meningkatkan kesiapsiagaan negara bagi mendepani situasi pandemik semasa dan bencana, 10 Peraturan Tetap Operasi (PTO) Penyampaian Maklumat Geospatial Bencana turut disediakan meliputi wabak penyakit berjangkit, pencerobohan tanah, tanah runtuh, gangguan utiliti dan kebakaran hutan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Takiyuddin melapor diri di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) semalam, diberi tanggungjawab mengemudi KeTSA bersama Timbalannya Datuk Ali Biju. - Facebook Takiyuddin Haji Hassan
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah
Peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah berperlembagaan.
Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu
Takyuddin mengesahkan pertemuan Abdul Hadi dan Muhyiddin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua-dua parti.
'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin
"Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam," kata Takiyuddin mengenai keputusan mahkamah memutuskan 16 enakmen syariah Kelantan tidak sah.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.
PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin
Ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN tidak teruskan perbincangan peruntukan pembangkang - Takiyuddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata kepada pembangkang.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Panggil duta, wakil negara jika benar Malaysia terima ugutan isu Palestin - Pas
Katanya, tindakan itu wajar bagi menyampaikan bantahan Malaysia, berbanding membuat kenyataan terbuka tanpa penjelasan mengenainya.