PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan akan menyemak rungutan mengenai guru yang didakwa 'dipaksa' menghadiri taklimat penugasan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada waktu pembelajaran.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, seharusnya keutamaan diberikan kepada tugas hakiki guru iaitu untuk mengajar.
"Saya baru dimaklumkan perkara ini, katanya ada taklimat berkaitan PRU yang diadakan pada waktu pembelajaran.
"Saya rasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cukup faham dengan tugas dan tanggungjawab guru. Saya akan dapatkan maklumat lanjut berhubung kes ini.
"Secara umumnya, walaupun pihak SPR adakan taklimat, SPR faham kalau guru-guru pada waktu berkenaan, maka keutamaan harus diberikan kepada guru bertugas di sekolah masing-masing.
"Jika dibuat taklimat, panggil satu sekolah, siapa nak jaga anak-anak kita di sekolah," pada sidang media selepas melancarkan Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw KPM di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 5 (1), di sini, pada Khamis.
Radzi menjelaskan KPM sentiasa bekerjasama dengan SPR dan jika perlu, waktu taklimat diperincikan bagi memastikan tugas hakiki guru tidak terganggu.
Katanya, jika SPR mahu mengadakan taklimat pada sesi persekolahan, maka ia mestilah dilakukan selepas waktu persekolahan atau melibatkan guru yang tidak bertugas dan pentadbir sekolah sahaja.
Sebelum ini, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Jalan Reko, Muhamad Nasron Muhamad Nasir menyatakan kekecewaan dengan tindakan SPR yang 'memaksa' guru menghadiri taklimat penugasan PRU15 ketika waktu persekolahan.
Katanya, meskipun urusan tersebut adalah di bawah arahan Seri Paduka Baginda, SPR sepatutnya bijak memilih waktu sesuai untuk taklimat itu diadakan dan tidak menjejaskan pembelajaran murid.
Muhamad Nasron turut memuat naik tangkap layar mesej komunikasinya dengan pegawai Pegawai Pendidikan Daerah kawasan berkenaan, yang antara lain memberi teguran kepada SPR berhubung taklimat pada waktu persekolahan, di laman Facebook miliknya.
Rata-rata komen daripada warganet menyokong tindakan Nasron dan berpandangan agar pelajar sekolah tidak seharusnya menjadi mangsa keadaan.
Umavathi Ramayah
Thu Sep 15 2022

Radzi berkata, seharusnya keutamaan diberikan kepada tugas hakiki guruiaitu untuk mengajar. - Foto BERNAMA

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

KPT tidak halang mana-mana pihak masuk IPTA adakan program
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik daripada memasuki dan mengadakan program di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di negara ini.

Pengambilan khas atasi masalah kekurangan guru - Lim
KPM kekurangan kira-kira 19,431 orang guru berikutan beberapa faktor termasuk persaraan, kenaikan pangkat dan cuti belajar.

KPM, KKR kerjasama pantau sekolah daif
KPM akan bekerjasama dengan KKR dalam usaha memantau bangunan sekolah daif di seluruh negara supaya keselamatan murid dapat diutamakan.

Bumbung satu blok SMK Cheras Jaya runtuh, tiada kecederaan dilaporkan
Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, di sini, runtuh tengah hari semalam susulan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan berkenaan sejak Januari lalu.

KPT kemuka permohonan laksana semula MyBrain 15
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meneruskan semula program MyBrain 15, Dewan Negara diberita

IPT disaran tidak jadikan ranking sebagai fokus utama
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan agar tidak menjadikan ranking dan penarafan antarabangsa sebagai fokus utama.

Soalan lewat diterima punca timbalan menteri gagal jawab - Pegawai
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ling lewat menerima soalan daripada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

KPM tumpu baiki, bina semula sekolah diisytihar tidak selamat, perlu diroboh
Agenda berkaitan pembangunan sekolah daif menjadi salah satu daripada Tujuh Teras Utama KPM.

Isu SJKT Sungai Bakap: KPM belum buat keputusan muktamad
KPM belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung isu menghentikan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu di SJKT Sungai Bakap berikutan masalah kekurangan dana.

Kes buli masih wujud kerana ibu bapa, guru tidak 'garang' seperti dahulu - Pakar kriminologi
Punca utama buli masih berlaku adalah kerana pemangsa mahu kelihatan hebat, kuat, dan gagah.