Skip to main content

Dunia

AS, Israel serang kemudahan pengayaan uranium Natanz di Iran

TEHRAN, 21 Mac (Bernama-Xinhua-Anadolu) -- Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan pengayaan uranium Natanz di Iran pada pagi Sabtu, menurut media tempatan Iran, lapor Xinhua.
Kemudahan nuklear Natanz sebelum ini menjadi sasaran dalam serangan AS-Israel pada 2 Mac lepas. - Gambar Reuters

TEHRAN: Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan pengayaan uranium Natanz di Iran pada pagi Sabtu, menurut media tempatan Iran, lapor Xinhua.

Tiada kebocoran radioaktif dilaporkan dan penduduk berhampiran lokasi itu tidak berdepan sebarang risiko.

Advertisement

Sementara itu, Anadolu Ajansi melaporkan dengan memetik kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi Tasnim, bahawa Pertubuhan Tenaga Atom Iran memaklumkan kemudahan pengayaan Shahid Ahmadi Roshan turut diserang.

Ia menambah bahawa serangan itu melanggar undang-undang serta komitmen antarabangsa, termasuk Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan peraturan keselamatan nuklear lain.

Pertubuhan itu menyatakan bahawa penilaian teknikal dan khusus telah dijalankan oleh Pusat Sistem Keselamatan Nuklear negara itu bagi menilai kemungkinan pencemaran radioaktif di tapak berkenaan.

Menurut dapatan penilaian itu, tiada kebocoran bahan radioaktif dikesan dan tiada bahaya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kemudahan berkenaan, menurut kenyataan itu.

Kemudahan nuklear Natanz sebelum ini menjadi sasaran dalam serangan AS-Israel pada 2 Mac lepas.

Kemudahan nuklear itu merupakan satu daripada tiga tapak yang disasarkan dalam serangan AS pada Jun tahun lepas semasa konflik dengan Iran, selain Fordow dan Isfahan.

-- BERNAMA-XINHUA-ANADOLU

Must Watch Video