awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taktik licik dihidu, cubaan seludup cecair vape RM1 juta gagal

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/06/2022
10:58 MYT
Taktik licik dihidu, cubaan seludup cecair vape RM1 juta gagal
Hakemal (kiri) menunjukkan barang rampasan sewaktu sidang media di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Pasir Mas, hari ini. - Foto Astro AWANI
PASIR MAS: Tindakan licik penyeludup membawa 21,600 botol cecair vape dengan anggaran nilai RM1 juta menggunakan lori sebuah syarikat kurier untuk mengaburi pihak berkuasa gagal apabila ia berjaya dikesan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di Pos Simpangan, Tumpat, semalam.
Timbalan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, sebelum itu anggota bertugas telah menahan lori terbabit yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 34 tahun dan membuat pemeriksaan menyeluruh.
Ketika pemeriksaan, pasukan itu didatangi seorang lelaki berusia 20 tahun yang mengaku sebagai penerima barangan di dalam lori berkenaan.
“Hasil daripada pemeriksaan di dalam kotak tersebut mendapati mengandungi pelbagai jenis perisa vape, pemeriksaan ke atas keseluruhan kotak tersebut didapati jumlah keseluruhan cecair vape adalah 21,600 unit dengan nilaian lebih kurang RM1 juta.
“Pasukan strike force turut merampas lori tersebut dan menangkap kedua-dua lelaki tersebut yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan vape ke negara Thailand. Jumlah keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM1.18 juta ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Pasir Mas, hari ini.
Kesemua cecair vape kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Racun 1952, manakala dua lelaki yang ditangkap bersama lori yang dirampas diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.
Dalam sidang media sama, Hakemal turut berkongsi kejayaan PGA8 merampas 8,800 unit rokok elektronik bernilai RM220,000 di Pangkalan Haram Pok Leh, Kampung Tualang, Tumpat, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Semasa sepasukan anggota PGA8 sedang membuat rondaan di tebing Sungai Golok, mereka terserempak dua lelaki sedang memunggah kotak ke dalam perahu sebelum mereka bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota bertugas.
Pemeriksaan pada kotak berkenaan mendapati terdapat rokok elektronik berkenaan yang disyaki untuk diseludup ke negara jiran.
Barangan rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#cecair vape
#Pasir Mas
#penyeludupan
#PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan