KUALA LUMPUR: Mengekalkan legasi terbilang, Anugerah Pilihan Graduan (GCA) sekali lagi memperkenalkan majikan paling dicari di Malaysia bagi 2024.
Talentbank dalam kenyataan hari ini memaklumkan GCA merekodkan 464,220 undian terkumpul daripada pelajar universiti di seluruh negara – tahap penyertaan yang memecahkan rekod sejak diperkenalkan – dalam tahun keenam berturut-turut sebagai anugerah definitif majikan graduan di rantau Asia Pasifik.
"Kredibiliti keputusan ditekankan melalui proses pengesahan yang teliti dikendalikan oleh Lembaga Jawatankuasa Audit terdiri daripada 21 profesional dari universiti awam dan swasta," menurut kenyataan itu.
Pada edisi keenam yang sangat kompetitif, lebih 2,500 syarikat bersaing dalam lebih 90 kategori.
"Pemenang terkenal termasuk AIA Shared Services, Johnson Johnson, Petronas, Sunway University, Top Glove dan Uniqlo yang merangkul juara selama lima tahun berturut-turut, manakala Maybank, EY, Maxis, AIA Bhd, Touch 'n Go, Nestlé, dan Intel mengekalkan momentum kemenangan dengan kedudukan teratas dalam kategori masing-masing," menurut kenyataan itu.
Talentbank menjelaskan GCA dijalankan dalam kalangan graduan baru-baru ini untuk menyatakan keutamaan pekerjaan pada 2023 yang hasil kajiannya mendedahkan bahawa terdapat keinginan tinggi untuk mendapatkan gaji permulaan antara RM3,000 dan RM3,500, dengan tumpuan ketara pada keseimbangan kerja – kehidupan, keselamatan pekerjaan dan pembangunan kerjaya sebagai matlamat utama bagi tahun berkenaan.
"Pandangan ini penting untuk majikan mendapatkan dan mengekalkan bakat terbaik," menurut kenyataan itu.
Tinjauan GCA 2023 juga mengenal pasti sifat utama majikan yang sesuai dengan graduan masa kini iaitu gaji dan bonus, pembangunan kerjaya dan budaya syarikat.
"Walaupun pilihan kerja dari rumah berkurangan selepas pandemik, graduan terus mengutamakan peluang kerja fleksibel. Peningkatan ketara peluang pembangunan dan latihan menunjukkan komitmen teguh graduan terhadap pembelajaran berterusan dan kemajuan peribadi.
"Berhubung pencarian pekerjaan, walaupun platform seperti LinkedIn dan laman web pekerjaan lebih digemari pada 2022, terdapat peningkatan sebanyak sembilan peratus dalam permintaan bagi pameran kerjaya pada 2023, mencapai 41 peratus," menurut Talentbank sambil menambah majikan menilai kesediaan kerjaya pada lima daripada 10, menunjukkan keperluan universiti untuk terlibat dengan pelajar secara aktif bagi persediaan pasaran kerja yang menyeluruh.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa kejayaan GCA bersandar kepada keterangkuman, mengiktiraf majikan merentasi 90 industri.
"Apabila tenaga kerja Malaysia mengalami anjakan transformasi, GCA menghubungkan majikan dengan permintaan graduan semasa, menjadi paksi dalam membentuk masa depan negara. Selain itu, pengiktirafan GCA terhadap majikan terbaik negara menyemai rasa bangga mendalam dalam kalangan pekerja dan menyumbang kepada budaya kerja positif dan bertenaga.
"Organisasi yang membuat pelaburan strategik dalam penjenamaan majikan dan mewujudkan persekitaran kondusif untuk pertumbuhan, dengan yakin menjangkakan kesetiaan yang tinggi, peningkatan produktiviti dan pengurangan dalam perolehan. Aplikasi strategik bagi pandangan ini penting untuk kejayaan berterusan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank Ben Ho dalam kenyataan sama menekankan bahawa anugerah itu, dengan sokongan penuh daripada mahasiswa mencerminkan aspirasi tenaga kerja yang sedang berkembang.
"Sebanyak 25 syarikat mempamerkan kecemerlangan dalam pekerjaan graduan, menetapkan penanda aras untuk diikuti pihak lain. Dalam usaha mencapai matlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, GCA menjadi sumber berharga bagi ramai graduan dan pencari kerja, berfungsi sebagai panduan dalam usaha mereka mendapatkan syarikat yang diingini untuk memulakan kerjaya," katanya.
Pengundian bagi GCA 2025 kini dibuka hingga 30 Jun menerusi www.graduateschoiceaward.com/vote/ dan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk Apple MacBook Air atau Apple iPhone 15. Teroka lebih lanjut mengenai GCA dan undi majikan pilihan anda melalui www.graduateschoiceaward.com.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Maybank, EY, Maxis, AIA Bhd, Touch 'n Go, Nestlé dan Intel mengekalkan momentum kemenangan dengan kedudukan teratas dalam kategori masing-masing. - Foto BERNAMA
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Siswazah wanita utamakan gaji lebih baik, lelaki pilih kemajuan kerjaya
Mahasiswa daripada lebih 100 universiti mengundi untuk memilih jenama majikan pilihan mereka daripada sejumlah 83 syarikat meliputi 23 kategori.