Bagi kalangan wanita yang mencari pekerjaan pertama selepas memperoleh ijazah, mereka mengutamakan gaji dan bonus, diikuti kemajuan kerjaya, manakala keadaan sebaliknya menjadi pilihan kaum lelaki, menurut kaji selidik yang dikendalikan baru-baru ini oleh syarikat pengambilan pekerja khusus bagi siswazah, TALENTBANK.
Kaji selidik itu menunjukkan kedua-dua faktor itu antara lima faktor utama bagi mahasiswa yang mencari pekerjaan pertama mereka, selain peluang belajar dan kemajuan kerjaya, waktu kerja anjal di samping budaya syarikat yang mana keutamaan bagi kedua-dua gender adalah sama, kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TALENTBANK Ben Ho, dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Kaji selidik itu dikendalikan oleh syarikat pengambilan pekerja dengan 28,000 mahasiswa mengundi bagi Anugerah Tahunan Pilihan Siswazah (GCA) kali kedua, dengan mereka memilih Lima Jenama Majikan Paling Menarik -- Maybank, Petronas, Maxis, Samsung dan PricewaterhouseCoopers (PwC).
Mahasiswa daripada lebih 100 universiti mengundi untuk memilih jenama majikan pilihan mereka daripada sejumlah 83 syarikat meliputi 23 kategori, mengiktiraf kecemerlangan dan kepelbagaian dalam landskap pengambilan siswazah, serta mengakui usaha syarikat dalam merapatkan jurang antara peserta industri dan siswazah.
Ho berkata jumlah besar undi bagi majikan tahun ini berbanding 11,000 tahun lepas menunjukkan mahasiswa mula menyedari kepentingan suara mereka dalam memberi isyarat kepada industri tentang kepentingan penjenamaan majikan.
"Daripada perspektif majikan, penyertaan lebih tinggi oleh mahasiswa merupakan petunjuk bahawa anak muda kini memberi lebih perhatian kepada apa yang dilakukan oleh syarikat untuk menjenamakan diri," katanya.
Menurut kenyataan itu, Majlis GCA 2019 diadakan pada Jumaat lepas di Sunway Hotel Resorts and Spa dan diserikan dengan kehadiran Pemegang Amanah Komuniti Pemuda Selangor (SAY), Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail dan Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin.
Ho berkata sejak awal 2019, lebih 28,000 siswazah dengan 55 peratus daripada mereka dari Lembah Klang dan 45 peratus dari negeri lain, mengundi untuk memilih majikan yang memenangi anugerah itu bagi tempoh tujuh bulan.
"Pemilihan berakhir dengan pemeriksaan audit yang menyaksikan 15 anggota lembaga dari pelbagai universiti menyemak keputusan untuk memastikan proses pemilihan yang adil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 20 2019
Graduan wanita juga mempertimbang soal kemajuan kerjaya dalam memilih pekerjaan, menurut kaji selidik itu. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Siswazah wanita utamakan gaji lebih baik, lelaki pilih kemajuan kerjaya
Mahasiswa daripada lebih 100 universiti mengundi untuk memilih jenama majikan pilihan mereka daripada sejumlah 83 syarikat meliputi 23 kategori.