awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Kupu-Kupu Poring pelindung kupu-kupu kebangsaan

Bernama
Bernama
28/07/2024
03:50 MYT
Taman Kupu-Kupu Poring pelindung kupu-kupu kebangsaan
Mungkin ramai tidak menyedari imej hologram kupu-kupu itu ada di bahagian bawah gambar pada kad pengenalan warganegara Malaysia. - Foto Adobe Stock
KOTA KINABALU: Tahukah anda kupu-kupu Rajah Brooke's Birdwing atau trogonopetra brookiana ialah kupu-kupu kebangsaan Malaysia?
Mungkin ramai tidak menyedari imej hologram kupu-kupu itu ada di bahagian bawah gambar pada kad pengenalan warganegara Malaysia.
Spesies ini ditemui ahli kaji alam dari United Kingdom Alfred Russel Wallace pada 1855 dan dinamakan kupu-kupu Rajah Brooke's Birdwing bersempena nama James Brooke yang memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1868.
Pembantu Penyelidik Kanan Taman Kupu-Kupu, Taman-Taman Sabah Justinah Parantis berkata kupu-kupu Rajah Brooke's Birdwing dipelihara di Taman Kupu-Kupu Poring di Ranau sejak 1989 bagi memastikan ia diwarisi generasi demi generasi.
Beliau berkata sifat kupu-kupu itu yang biasanya bertelur dan memakan daun pada pokok terpilih atau satu jenis tumbuhan sahaja, menjadi antara cabaran utama dalam memastikan populasi spesies kupu-kupu berkenaan tidak terjejas.
Menurut Justinah, pelbagai inisiatif diambil termasuk mendapatkan tumbuhan aristolochia foveolata yang menjadi makanan larva kupu-kupu Rajah Brooke's Birdwing dan kupu-kupu lain di taman itu.
"Pihak taman telah menanam kira-kira 200 pokok aristolochia foveolata dan tumbuhan perumah daripada pelbagai spesies tumbuhan lain," katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata tumbuhan itu hanya terdapat di lokasi tertentu di kawasan tanah tinggi.
Justinah berkata taman yang dibuka secara rasmi kepada pelawat pada Disember 1995 itu mempunyai 126 spesies kupu-kupu dan menerima kira-kira 5,000 pengunjung setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taman Kupu-Kupu Poring
#Rajah Brooke's Birdwing
#kupu-kupu
#kupu-kupu kebangsaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan