awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Negara Biebrza di Poland terbakar

Bernama
Bernama
21/04/2025
12:43 MYT
Taman Negara Biebrza di Poland terbakar
Kebakaran yang bermula pada petang Ahad di sempadan daerah Augustow dan Monki di wilayah Podlaskie itu merebak dengan pantas. - Gambar fail/X: @volcaholic1
WARSAW: Kebakaran hutan besar memusnahkan kira-kira 400 hektar kawasan di Taman Negara Biebrza di timur laut Poland, menurut pihak berkuasa tempatan pada pagi Isnin, lapor Xinhua.
Kebakaran yang bermula pada petang Ahad di sempadan daerah Augustow dan Monki di wilayah Podlaskie itu merebak dengan pantas meskipun usaha pemadaman sedang giat dijalankan.
Jurucakap Pemerintah Perkhidmatan Bomba Negeri Podlaskie, Justyna Klusewicz, memaklumkan kepada Agensi Berita Poland, kira-kira 180 anggota bomba, dengan sokongan perkhidmatan perhutanan, renjer taman dan tentera, bertungkus lumus memadamkan api.
Sepanjang malam, dron digunakan untuk memantau keadaan, manakala pada Isnin, pesawat pemadam termasuk helikopter disambung semula bagi menangani kebakaran di kawasan terpencil dan sukar diakses.
Pusat Keselamatan Kerajaan mengeluarkan amaran kecemasan kepada penduduk di wilayah Augustow, Grajewo dan Monki agar menjauhi kawasan terjejas serta mematuhi arahan pihak berkuasa kecemasan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Taman Negara Biebrza yang terkenal dengan kawasan paya luas dan biodiversiti unik, adalah antara kawasan perlindungan alam sekitar paling penting di Poland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taman negara biebrza
#poland
#taman negara terbakar
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan