awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman tema air di Bertam diarah tutup sementara kerana operasi tanpa lesen

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/12/2022
11:14 MYT
Taman tema air di Bertam diarah tutup sementara kerana operasi tanpa lesen
Beberapa penguat kuasa MBSP menampal notis penutupan di premis berkenaan. - Gambar/ Media sosial
KEPALA BATAS: Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas, yang baru dibuka kepada umum 15 Disember lepas diarah tutup buat sementara waktu bermula hari ini.
Arahan penutupan itu dibuat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selepas mendapati premis berkenaan dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air.
MBSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya sudah beberapa kali membuat pemeriksaan bermula pada 16 Disember dengan kali terakhir pada 27 Disember lepas .
"Pihak MBSP mendapati taman tema berkenaan beroperasi tanpa lesen dan telah mengeluarkan notis supaya pihak pengurusan menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998 .
"Namun pihak pengurusan didapati masih gagal mematuhi arahan tersebut menyebabkan satu tindakan penutupan dibuat kira kira jam 9.40 pagi hari ini," menurut kenyataan tersebut.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 58 saat pengunjung berkumpul di hadapan pintu masuk taman tema berkenaan.
Turut kelihatan beberapa penguat kuasa MBSP sedang menampal notis penutupan di premis berkenaan.
Rata-rata pengunjung yang datang ke taman tema sempena cuti sekolah kecewa dengan tindakan tersebut.
Taman tema yang bernilai RM90 juta itu dilapor mula beroperasi 15 Disember lalu selepas tertangguh sejak sekian lama akibat beberapa masalah termasuk pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#taman tema air bertam
#diarah tutup
#tiada lesen
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan