Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu ditambah baik untuk melaksanakan strategi memandang ke hadapan, dan bukan mengundur ke belakang.

Itu kata Khairy Jamaluddin susulan berita ahli lembaga pengarah (BoD) cabang pelaburan strategik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, menawar diri untuk meletak jawatan.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata beliau tidak terkejut terhadap tindakan yang diambil oleh ahli lembaga pengarah Khazanah terbabit.

"Tidak menghairankan. Ternyata PM (Tun Dr Mahathir Mohamed) belum lagi memberi ruang kepada (Pengarah Urusan) untuk bertemunya. Mesyuarat Lembaga Pengarah tidak boleh dipanggil. Walaupun akan ada perubahan kelak, saya berharap model GLC (sedia ada) akan diteruskan. Transformasi GLC merupakan kisah kejayaan. Sudah pasti perlu ditambah baik," katanya.

Khairy berkata GLC sebagai contoh, dalam sesetengah sektor, melebihi perniagaan swasta.

"Ini isu yang sudah berpanjangan. Mungkin atas semangat inilah mendorong Perdana Menteri mengulas bahawa ia menyimpang daripada agenda Bumiputera. Oleh itu ia perlu ditambah baik, katanya.

Namun, peranan Khazanah sebagai cabang pelaburan strategik kerajaan, mesti diteruskan, kata Ahli Parlimen itu.

Ia merupakan entiti yang sangat berbeza sejak akhir tempoh pemerintahan pertama Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri antara 1981 dan 2003, yang pada dasarnya merupakan entiti induk untuk kepentingan kerajaan dalam syarikat.

"Tidak ada peranan strategik," katanya, sambil menambah bahawa pasca pemerintahan Perdana Menteri pertama, Khazanah berubah daripada hanya sebuah pemegangan entiti kepada cabang pelaburan strategik dengan mandat untuk tidak hanya meningkatkan nilai aset bahkan membuat pelaburan dalam sektor yang akan memberi manfaat kepada negara.

Khazanah mengambil rakyat Malaysia terbaik dan paling bijak untuk tujuan itu.

"Sayang sekali jika semua yang dibangunkan digantikan pula dengan mod peniagaan tahun 1990-an, dan ditukar segala yang telah dibina hanya untuk menggantikannya dengan mod perniagaan tahun 1990-an.

"Saya bimbang: GLC akan dibubar dan digantikan dengan set baharu peniagaan era 1990-an. Kita pun tahun akhirnya," kata Khairy.

-- BERNAMA