awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2022
10:40 MYT
Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Annuar menjelaskan langkah itu dibuat bagi mengatasi masalah yang berlaku akibat pengeluaran rendah berbanding permintaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, menjelaskan langkah itu dibuat bagi mengatasi isu telur ayam yang berpunca daripada pengeluaran rendah berbanding permintaan.
Katanya, peningkatan subsidi itu dapat menampung kos pengeluaran yang tinggi.
Namun katanya, cadangan itu perlu dirujuk kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memandangkan Parlimen telah dibubarkan.
"Oleh kerana kita berada dalam situasi Parlimen yang dibubarkan, apa-apa tindakan yang melibatkan kewangan saya merujuk kepada tatacara yang tertentu.
"Saya perlu merujuk kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan termasuk opsyen meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen lagi (bagi sebiji telur) yang dijangka akan menelan belanja sebulan RM20 juta.
"Satu lagi opsyen ialah kalau tidak dinaikkan subsidi, kita mencadangkan untuk menaikkan sedikit harga siling sebanyak 2 sen bagi menutup jurang kos sebenar pengeluaran telur dengan harga maksimun dan subsidi semasa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Selasa.
Beliau juga memaklumkan, harga telur ayam tidak akan diapungkan untuk mengelakkan berlakunya lonjakan harga di pasaran.
Selain itu, Annuar memaklumkan hasil semakan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mendapati harga telur ayam di Malaysia jauh lebih rendah berbanding harga di negara jiran.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
#harga telur
#sybsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan