awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan 50,000 unit beri peluang lebih ramai pelajar peroleh peranti siswa - Annuar

Bernama
Bernama
28/10/2022
06:08 MYT
Tambahan 50,000 unit beri peluang lebih ramai pelajar peroleh peranti siswa - Annuar
Annuar berkata, langkah itu membuka peluang rayuan seluas-luasnya kepada pelajar yang layak namun ditolak, selain memastikan bekalan peranti tidak terputus. - Gambar fail
KOTA BHARU: Tambahan 50,000 unit peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia telah dibuat bagi memberi peluang pelajar yang membuat rayuan memperolehnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata langkah itu bertujuan membuka peluang rayuan seluas-luasnya kepada pelajar yang layak, namun ditolak selain memastikan bekalan peranti tidak terputus.
"Kita ada peranti yang cukup, tiga hari lepas saya telah arahkan KSU (Ketua Setiausaha) kementerian untuk menambah tempahan daripada tender yang ada melalui VO untuk tambahan 50,000 unit lagi dengan perbelanjaan lebih kurang RM65 juta supaya bekalan tidak terputus mengambil kira kes-kes rayuan ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program KPT Prihatin dan Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Mengulas mengenai kes rayuan peranti siswa, Annuar menasihatkan pemohon untuk berjumpa dengan persatuan pelajar atau pusat pengajian mereka bagi mengemukakan rayuan dengan memberi bukti atau sebab rayuan perlu dipertimbangkan.
"Kita buka seluas-luas peluang rayuan asalkan mereka layak ataupun ada kes-kes tertentu yang kita boleh beri pertimbangan kita akan bagi, konsepnya kita nak bagi kepada seberapa ramai pelajar yang layak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peranti siswa
#pelajar
#Annuar Musa
#rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan