awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan lebih RM1 bilion perkasa sempadan Sabah dan Sarawak - PM Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/09/2023
20:35 MYT
Tambahan lebih RM1 bilion perkasa sempadan Sabah dan Sarawak - PM Anwar
Anwar berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan, Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah peruntukan lebih RM1 bilion bagi membangunkan sempadan Sabah dan Sarawak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada lagi alasan bagi melengahkan projek pembangunan Pan Borneo.
Malah, katanya, ia juga perlu diselesaikan jauh lebih awal berbanding jangkaan asal.
Mengambil contoh negara jiran, Indonesia katanya, telah memutuskan untuk membina ibu kota nusantara yang bertempat di Kalimantan.
Ujarnya, Malaysia tidak seharusnya ketinggalan maka usaha tersebut perlu terus dimanfaatkan dengan meneruskan kemajuan di persempadanan Sabah dan Sarawak.
“Kita tidak mahu ketinggalan memanfaatkan kemudahan itu untuk memajukan lagi sempadanan Sabah dan Sarawak.
“Untuk itu, saya telah luluskan tambahan dari kelulusan projek yang banyak di Sabah dan Sarawak ini, lebih RM1 bilion lagi untuk pembangunan sempadan.
“Saya telah tugaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk memastikan, menyegerakan, dan tidak ada alasan sama sekali untuk melengahkan Pan Borneo, supaya selesai lebih cepat daripada jangkaan yang ditetapkan dulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak malam tadi.
Tambah Anwar, Sarawak kini dilihat sudah jauh ke depan bagaimanapun Sabah tidak sewajarnya dipinggirkan dan beberapa perkara perlu diselesaikan secepat mungkin.
Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan, isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak juga telah berjaya diatasi jauh lebih awal daripada perancangan asal.
Selain itu, tambahnya, kerajaan juga akan teruskan dengan hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar di kedua-dua negeri berkenaan.
Tambahan lebih RM1 bilion perkasa sempadan Sabah Sarawak
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#projek pembangunan Pan Borneo
#pembangunan sempadan
#peruntukan tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan