awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China wajibkan bateri EV tidak boleh terbakar dan meletup bermula 2026
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan pegawai Imigresen di pintu masuk Malaysia-Singapura dari 8-10 Mei

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
29/04/2018
21:52 MYT
Tambahan pegawai Imigresen di pintu masuk Malaysia-Singapura dari 8-10 Mei
Penunggang motosikal yang masuk ke Malaysia dari Singapura dinasihatkan menggunakan sistem M-Bike secara maksimum pada hari mengundi 9 Mei ini. - Gambar hiasan
Jabatan Imigresen Negeri Johor akan menghantar pegawai dan anggota tambahan di kedua-dua pintu masuk Malaysia-Singapura bermula 8 hingga 10 Mei sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Pertambahan itu bagi melancarkan pergerakan perjalanan keluar masuk pengundi yang bekerja di republik itu, kata Pengarah Jabatan Imigresen Johor Datuk Seri Rohaizi Bahari.
Menurutnya, cuti peristiwa pegawai di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika juga sudah dibekukan bagi membolehkan pihaknya membuka kesemua kaunter menerusi kaedah pertukaran syif, melibatkan tambahan 300 anggota bagi satu hari.
"Setiap hari ada tiga syif, anggaran 100 orang dalam setiap syif. Kita di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ada 250 orang, di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) ada 100 orang satu syif, untuk membantu dari segi pergerakan lalu lintas dan sebagai pegawai pengganti," katanya dalam sidang media pada Ahad.
Jelasnya lagi, Imigresen juga akan membuka hampir kesemua 200 kaunter di Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) di BSI dan KSAB.
Beliau pada masa sama menasihatkan penunggang motosikal untuk menggunakan sistem M-Bike secara maksimum kerana pergerakan lebih cepat jika melalui sistem tersebut.
Kesemua pengundi, terutama yang menaiki motosikal juga perlu berhemah ketika melalui laluan CIQ untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Rohaizi juga memberitahu, vendor-vendor yang terlibat dalam teknikal bersama agensi penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam akan turut bersama-sama bersiap sedia mengawal situasi kontigensi sekiranya berlaku kecemasan.
Topic Berkaitan
#anggota tambahan
#beku cuti
#CIQ
#Jabatan Imigresen Johor
#M-Bike
#Malaysia
#MalaysiaMemilih
#motosikal
#pengundi
#PRU14
#Rohaizi Bahari
#Singapura
#Tambak Johor
#vendor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan