awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tampar pekerja, curi kabel telefon RM14, dua wanita direman enam hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/04/2025
03:50 MYT
Tampar pekerja, curi kabel telefon RM14, dua wanita direman enam hari
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dan perintah reman selama enam hari telah dibenarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
MANJUNG: Polis menahan dua wanita tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abdul Rahman berkata, dalam kejadian sekitar jam 10 pagi Ahad itu, dua suspek wanita telah memasuki premis berkenaan.
Katanya, mereka kemudian membuka sebuah kotak kabel pengecasan telefon tanpa membuat sebarang pembayaran.
“Pekerja premis berkenaan telah menerangkan kepada suspek, namun salah seorang daripada mereka bertindak agresif.
“Suspek telah menampar serta menarik tudung mangsa sebelum melarikan diri bersama barang curi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka serta trauma akibat kejadian itu dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM14.
Hasbullah berkata, susulan itu mangsa tampil membuat laporan polis dan Bahagaian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menahan kedua-dua suspek di Sitiawan, kira-kira jam 2.45 petang Isnin.
Katanya, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dan perintah reman selama enam hari telah dibenarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwa Negeri bagi mendapatkan arahan pertuduhan setelah siasatan lengkap.
Topic Berkaitan
#samun
#kedai serbaneka 24 jam
#curi kabel pengecas telefon
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami