PUTRAJAYA: Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Peguam B. Thangaraj yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur berhujah Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam penemuannya bahawa tanah itu telah ditandakan sebagai kawasan lapang awam, rekreasi dan hijau di bawah rancangan tempatan.
Beliau berkata semasa syarikat pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd memohon kebenaran merancang, tanah itu sudah dizonkan bagi kegunaan kediaman di bawah Peraturan Pengezonan dan Kepadatan Wilayah Persekutuan dan pembangunan bercampur.
"Permohonan kebenaran merancang dikemukakan untuk menukar sebahagian tanah pembinaan kondominium berperkhidmatan daripada kediaman kepada komersial manakala kawasan tanah yang dimaksudkan untuk penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara kekal sebagai kediaman," katanya.
Thangaraj juga berkata Mahkamah Rayuan gagal menimbang fakta bahawa tanah itu tidak boleh menjadi kawasan lapang atau taman kerana sebahagian daripadanya diduduki oleh peneroka Rumah Panjang Bukit Kiara dan bakinya digunakan sementara sebagai tempat letak kereta untuk pengguna Taman Rimba Kiara.
Thangaraj berkata demikian di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Datuk Bandar DBKL, Memang Perkasa, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Mereka ingin menghidupkan semula perintah pembangunan bertarikh 13 Julai 2017 yang dikeluarkan oleh DBKL bagi pembangunan lapan blok pangsapuri servis mewah 29 tingkat terdiri daripada 350 unit perumahan mampu milik untuk dibina di kawasan itu.
Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan memihak kepada penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI), yang menerusi badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouses, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium dan empat penduduk serta pemilik rumah TTDI, telah memfailkan semakan kehakiman pada 2017 bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh DBKL.
Mereka kalah di peringkat Mahkamah Tinggi pada 28 Nov 2018.
Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara maya, panel hakim yang terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah turut mendengar hujah peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram serta Khoo Guan Huat yang mewakili Memang Perkasa.
Sri Ram berhujah bahawa penduduk dan badan pengurusan tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan prosiding kehakiman bagi mencabar keputusan DBKL untuk mengeluarkan perintah pembagunan.
Beliau berkata kuasa badan pengurusan hanya tertakluk kepada penyelenggaraan dan pengurusan hartanah bersama.
Katanya penduduk tidak berhak mendapat perintah certiorari yang diberikan kepada mereka oleh Mahkamah Rayuan bagi membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh DBKL kerana mereka tidak menunjukkan bukti bahawa mereka terjejas teruk susulan keputusan DBKL memberikan kebenaran merancang itu.
Sri Ram juga berkata DBKL tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan alasan kepada penduduk mengapa bantahan mereka terhadap projek itu ditolak.
Khoo pula berhujah bahawa laporan Ketua Audit Negara 2019 yang penduduk mohon agar diterima oleh mahkamah adalah tidak relevan dalam rayuan itu.
"Laporan Ketua Audit Negara tidak mengandungi sebarang fakta tambahan yang utama dan hanyalah pandangan mengenai ketidakpatuhan perintah pembangunan itu dengan Pelan Bandaraya KL 2020," katanya.
Beliau berkata pendapat dalam laporan itu dibuat secara umum dan tidak secara spesifik berkaitan dengan perintah pembangunan projek di Taman Rimba Kiara.
Dalam semakan kehakiman itu, penduduk memohon agar perintah pembangunan itu dibatalkan atas alasan Taman Rimba Kiara yang berkeluasan 10.08 hektar adalam taman awam yang terletak di TTDI dan Bukit Kiara serta merupakan kawasan hijau Kuala Lumpur.
Pendengaran rayuan itu bersambung pada 28 April depan.
Yayasan Wilayah Persekutuan diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham manakala penduduk TTDI diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini. - Gambar fail

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Jalan Ranau ke Sandakan tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh - JKR Sabah
Tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pada masa ini.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Selangor teliti pembinaan pusat peranginan atas tanah pertanian
Kerajaan Selangor menerusi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) akan membuat penelitian tentang pembinaan pusat peranginan di atas tanah pertanian di seluruh negeri itu.

Banjir Johor: 5,455 mangsa dari tujuh daerah ditempatkan di 55 PPS
Segamat menjadi lokasi paling teruk terjejas banjir dengan 21 PPS dibuka bagi menempatkan 1,801 mangsa banjir daripada 504 keluarga.

Berangkat ke Tanah Suci, Zizi Kirana, Yusuf Bahrin pertama kali buat umrah bersama
Lebih istimewa, Zizi berangkat untuk mengerjakan ibadah itu sehari selepas ulang tahun kelahirannya.

Jalan Kulai-Kota Tinggi ditutup akibat tanah runtuh
Jalan Kulai-Kota Tinggi menghala ke Felda Ulu Tebrau ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan berlaku kejadian tanah runtuh.

Penduduk Kampung Bukit Kechik resah, tebing runtuh masih belum dibaik pulih
Kira-kira 300 penduduk di Kampung Bukit Kechik resah apabila tebing berdekatan jalan yang runtuh sejak musibah banjir baru-baru ini masih belum dibaik pulih.

Rakaman suara tular dakwa berlaku tanah runtuh tidak benar
Pemantauan yang dijalankan pihak JBPM mendapati tiada sebarang kejadian tanah runtuh berlaku di lokasi yang didakwa.

Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas wakaf Tanah Perkuburan Islam Panji Alam, Kuala Terengganu.

Laporan penuh tragedi tanah runtuh Batang Kali dijangka siap hujung Januari
Laporan penuh tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada Disember lepas dijangka siap hujung bulan ini.