Mulai tahun hadapan Tanah Hak Adat (NCR) Bumiputera di negeri ini akan disukat mengikut Seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dalam belanjawan 2020 yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 4 Nov lepas, sejumlah RM40 juta diperuntukkan untuk penyukatan tanah adat.
"Beliau (Ketua Menteri) juga telah mengarahkan kawasan yang perlu disukat selepas ini, harus disukat mengikut Seksyen 18, memberikan Palak Tanah (Surat Hak Milik Tanah) kepada tuan punya tanah satu persatu.
"Palak Tanah akan diberikan tanpa apa-apa bayaran, dan inilah janji Ketua Menteri kepada rakyat Sarawak," katanya.
Beliau yang juga merupakan Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Forum Kanun Tanah (Pindaan) 2018 pada Rabu.
Mengulas lanjut, Uggah berkata, kerajaan negeri akan membayar pampasan sekiranya tanah milik individu yang disukat mengikut Seksyen 6 sebelum ini, dibangunkan.
"Mereka (pemilik tanah) tidak perlu risau, kerajaan negeri akan membayar pampasan, jika tanah adat itu dibangunkan untuk membina jalan raya, sekolah, klinik atau untuk kegunaan awam.
"Sehingga kini, kerajaan negeri telah membayar pampasan berjumlah RM37 juta dan Ketua Menteri juga memberikan jaminan bahawa tanah yang disukat mengikut Seksyen 6 sebelum ini, diiktiraf sebagai tanah adat," katanya.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian sebelum ini dilaporkan berkata, penyukatan tanah mengikut Seksyen 18 memberi kelebihan kepada pemilik, yang mana mereka tidak perlu membayar fi dan surat hak milik tanah dikeluarkan kepada individu, serta tempoh pemilikan yang tiada had.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 20 2019
Sekumpulan petugas dari Jabatan Tanah dan Survey Sarawak dibantu penduduk kampung ketika melakukan kerja-kerja menyukat perimeter tanah hak adat. Foto: Bernama
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar
Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.